Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BANJIR: BANTUAN HAMPIR RM20,000 KEPADA MASJID DAN SURAU TERJEJAS

DALAM NEGARA

BANJIR: BANTUAN HAMPIR RM20,000 KEPADA MASJID DAN SURAU TERJEJAS

TEMERLOH: Bantuan segera secara ‘one-off’ sebanyak RM10,000 sehingga RM20,000 akan disalurkan kepada masjid dan surau terjejas banjir.

Timbalan Menteri, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, peruntukan tersebut akan diberi berdasarkan keperluan dan permintaan daripada pihak pengurusan masjid dan surau yang akan diselaras oleh Jabatan Agama Islam di setiap negeri.

“Kita tahu bahawa setiap kali musibah melanda dan melibatkan masjid dan surau ni memang menjadi fokus utama dikalangan orang Islam untuk mereka selesaikan pembersihan masjid,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan kepada guru takmir dan agama yang terjejas banjir di Maahad Tahfiz Al Amin di Berhala Gantang dekat Temerloh.

Seramai 70 mangsa banjir menerima barangan keperluan rumah berupa periuk nasi elektrik, dapur, alas tempat tidur dan selimut. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading