BANJIR BESAR JEJAS 200,000 DI SUDAN SELATAN

ANKARA: Banjir besar yang tidak pernah berlaku di Selatan Sudan menjejaskan 200,000 individu di daerah Maban, termasuk pelarian, demikian kata Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR) semalam.

Terletak di utara wilayah Nile, kawasan terjejas menempatkan lebih 150,000 pelarian.

“Pelarian dan penduduk Sudan Selatan melarikan diri dari rumah mereka, membawa barangan dan dilihat berkumpul di kawasan yang selamat,” kata Adan Ilmi, jurucakap UNHCR Selatan Sudan, yang dipetik agensi berita Anadolu.

“Banjir menenggelamkan banyak kawasan serta menyebabkan akses kemanusiaan sukar. Sekolah di wilayah itu juga ditutup,” kata Adan di dalam laporan di laman web UNHCR.

UNHCR dan rakan kerjasamanya menilai situasi di kem pelarian di Maban dan komuniti sekitar.

“Antara keperluan utama ketika ini ialah khemah kecemasan, makanan, minuman dan keperluan sanitasi.

“Pelarian dan komuniti tempatan memerlukan sokongan antarabangsa ketika berdepan banjir terburuk itu,” katanya.

Menurut laporan, Selatan Sudan ketika ini telah menempatkan 300,000 pelarian, terutamanya dari wilayah Blue Nil4 dan Kordofan.

Kira-kira 1.5 juta pula menjadi pelarian dalaman di negara yang baru menemui sumber minyak. — Terjemahan AlHijrah Online

Leave a Reply