BANJIR: PEMUDA IKAT TONG DRAM BAWAH KATIL UNTUK KESELESAAN BAPA SAKIT TERLANTAR
Seorang pemuda di Kampung Chapu di sini bertindak kreatif dengan mengikat tiga tong dram besi di bahagian bawah katil boleh laras ayahnya yang terlantar sakit, bagi memberi keselesaan kepada warga emas itu ketika rumah mereka dilanda banjir.
KUALA BERANG: Seorang pemuda di Kampung Chapu di sini bertindak kreatif dengan mengikat tiga tong dram besi di bahagian bawah katil boleh laras ayahnya yang terlantar sakit, bagi memberi keselesaan kepada warga emas itu ketika rumah mereka dilanda banjir.
Zulkifli Che Noh, 37, berkata idea untuk mengikat tong dram tersebut menggunakan tali merupakan cadangan daripada penduduk kampung setelah ayahnya Che Noh Che Hassan, 79, tidak mampu untuk bangun atau duduk sejak awal tahun ini akibat menderita penyakit saraf.
“Ayah sakit saraf sudah 20 tahun tetapi dia terlantar sejak 10 tahun lepas namun sebelum ini dia masih boleh duduk di atas kerusi selama beberapa minit, tapi tahun ini ayah tidak lagi dapat duduk di kerusi dan hanya mampu terlantar di atas katil.
“Sebelum ini apabila rumah dinaiki air ayah akan duduk di atas kerusi yang ada pemegang dan saya bersama penduduk kampung akan angkat ayah bersama kerusi itu untuk naik ke atas loteng rumah. Jadi tahun ini saya memikirkan cara supaya tidak perlu lagi mengangkat ayah naik ke atas loteng,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Pekerja swasta itu berkata sejak minggu lepas dia mencuba pelbagai kaedah penyusunan tong dram tersebut di bahagian bawah katil bagi membolehkan katil Che Noh dapat terapung di atas air dan mudah dipusingkan ke arah kiblat apabila ayahnya ingin menunaikan solat.
Usahanya itu membuahkan hasil apabila katil yang telah diikat bersama tiga tong dram besi berjaya diapungkan, meskipun air naik ke dalam rumahnya sehingga ke paras paha pada tengahari Rabu lepas.
Beliau berkata ayahnya tidak perlu lagi diangkat ke atas loteng ataupun berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) meskipun rumah dinaiki banjir.
“Selama ini pun ayah biasanya hanya tinggal di loteng rumah kalau banjir kerana dia tidak selesa untuk tinggal di PPS berikutan keadaan kesihatannya itu. Jadi saya bersama ibu (Zainab@Halimah Ismail, 77) dan adik beradik yang lain bergilir menjaga ayah di rumah sepanjang banjir ini sementara ahli keluarga lain berada di PPS,” katanya.
Bagaimanapun Zulkifli berkata sekiranya keadaan banjir semakin memburuk dan diarahkan berpindah ke PPS, mereka sekeluarga akan berikhtiar untuk memujuk dan membawa ayahnya ke PPS.
Beliau menambah kawasan rumahnya saban tahun dinaiki air pada musim tengkujuh ekoran terletak berhampiran sungai dan dia juga sudah lali dengan bencana tersebut sejak kecil lagi. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests