Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

POLIS TERIMA LAPORAN KEJADIAN KUCING DIBUNUH DENGAN KEJAM

DALAM NEGARA

POLIS TERIMA LAPORAN KEJADIAN KUCING DIBUNUH DENGAN KEJAM

Polis telah menerima laporan mengenai penemuan tiga ekor kucing yang mati dengan keadaan kepalanya berlumuran darah di kediaman pelajar sebuah universiti swasta di Setapak, di sini, semalam.

Sumber Gambar: Media Sosial

KUALA LUMPUR: Polis telah menerima laporan mengenai penemuan tiga ekor kucing yang mati dengan keadaan kepalanya berlumuran darah di kediaman pelajar sebuah universiti swasta di Setapak, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju ACP Mohamad Lazim Ismail berkata kejadian dipercayai berlaku pada 17 Nov lepas di tangga kawasan kediaman itu, apabila pelajar yang menemukan kucing itu melaporkannya kepada pengawal keselamatan.

“Setakat ini dua keterangan telah dirakam dan kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 428 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dan membunuh haiwan. Kes masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada 17 Nov lepas, tular satu video di media sosial menunjukkan tiga ekor kucing berlumuran darah di bahagian kepala dipercayai telah dibunuh dengan kejam. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading