BEBERAPA LALUAN DI TANAH MERAH DTUTUP, JALAN TERPUTUS AKIBAT BANJIR
Beberapa jalan di daerah Tanah Merah ditutup untuk semua kenderaan berikutan banjir yang menenggelami jalan selepas hujan lebat berterusan sejak beberapa hari lalu.
TANAH MERAH: Beberapa jalan di daerah Tanah Merah ditutup untuk semua kenderaan berikutan banjir yang menenggelami jalan selepas hujan lebat berterusan sejak beberapa hari lalu.
Ketua Polis Dearah Tanah Merah Supt Mohd Haki Hasbullah berkata antara jalan persekutuan yang ditutup kepada semua kenderaan adalah Jalan Panglima Bayu-Rantau Panjang di Kilometer (km) 7.40 sehingga km 8.40 ditenggelami.
Selain itu, terdapat tiga jalan negeri yang masih ditutup, iaitu Jalan Bukit Panau-Bendang Nyior di km 10 Kampung Bukit Kechik ke arah Kampung Bukit Muring, yang merupakan jalan alternatif ke Jeli, Pasir Mas dan Tanah Merah.
“Jalan Tanah Merah-Kampung Ipoh Batu 8 di km 3.0 sehingga km 7.10 berdekatan Kampung Kusial, dan Jalan ke Loji Membersih Air Bukit Remeh di km 0.3 sehingga 0.80 berdekatan Pejabat Angkatan Pertahanan Awam Tanah Merah,” katanya kepada Bernama hari ini.
Beliau berkata pihaknya meminta pengguna jalan raya agar tidak mengambil risiko meredah jalan yang banjir untuk meneruskan perjalanan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku.
Susulan itu, masyarakat di Tanah Merah tidak perlu berlengah untuk berpindah jika terkesan banjir bagi mengelakkan kesukaran kepada agensi penyelamat memberi bantuan.
“Sejak Selasa sehingga Rabu semalam, kami telah berjaya memindahkan seramai 3,248 mangsa ke 24 Pusata Pemindahan Sementara (PPS) di daerah ini.
“Saya dan pasukan bertungkus-lumus untuk memberikan bantuan semaksimum yang boleh kepada masyarakat yang terkesan,” katanya.
Mohd Haki berkata beliau bersama pegawai dan anggota memulakan operasi menyelamat dan memindahkan mangsa banjir sejak pukul 6.30 pagi sehingga 9 malam tadi.
“Kami mengingatkan masyarakat yang terkesan banjir untuk tidak berlengah dalam membuat persiapan dan berpindah dengan kadar segera dengan membawa bersama dokumen-dokumen penting ke PPS,” katanya. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests