Connect with us

ALHIJRAH NEWS

CEROBOH AL-AQSA: ZULKIFLI DESAK DUNIA BERTINDAK, BUKAN SEKADAR KECAM

DUNIA

CEROBOH AL-AQSA: ZULKIFLI DESAK DUNIA BERTINDAK, BUKAN SEKADAR KECAM

Menteri Agama, Dr. Zulkifli Hasan mendesak masyarakat antarabangsa mengambil tindakan tegas terhadap pencerobohan berulang kali di Masjid al-Aqsa yang berisiko mencetuskan konflik lebih besar.

PUTRAJAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan mengecam pencerobohan berulang kali rejim Zionis di pekarangan Masjid al-Aqsa yang disifatkannya sebagai provokasi melampau terhadap kesucian Al-Haram Al-Sharif.

Beliau menegaskan, tindakan sedemikian berisiko memburukkan lagi ketegangan dan mencetuskan konflik lebih besar di peringkat global.

“Rejim Zionis tidak boleh dibiarkan menormalisasikan tindakan ekstremis ini yang berisiko menolak dunia ke kancah konflik global yang lebih rumit,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Zulkifli menggesa masyarakat antarabangsa supaya mengambil langkah sewajarnya bagi menghentikan tindakan berkenaan.

“JPM (Hal Ehwal Agama) mendesak komuniti antarabangsa mengambil tindakan tegas serta merta ke atas rejim Zionis, bukan sekadar mengeluarkan retorik kecaman,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menyeru umat Islam supaya terus memperkukuh solidariti dan memanjatkan doa qunut nazilah agar Allah SWT memelihara kesucian Masjid al-Aqsa serta membebaskan bumi Palestin daripada cengkaman kezaliman. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading