Connect with us

ALHIJRAH NEWS

WUJUD KASTA DALAM PENJARA, JABATAN PENJARA SANGKAL DAKWAAN YASIN

DALAM NEGARA

WUJUD KASTA DALAM PENJARA, JABATAN PENJARA SANGKAL DAKWAAN YASIN

Jabatan Penjara menafikan dakwaan Yasin Sulaiman bahawa kehidupan dalam penjara bergantung kepada wang dan pengaruh, sambil menegaskan setiap salah laku ditangani mengikut peraturan dan prosedur ditetapkan.

KOTA BHARU: Jabatan Penjara Malaysia menafikan dakwaan penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman bahawa kehidupan dalam penjara bergantung kepada wang dan pengaruh.

Pengarah Kanan Dasar Kepenjaraan Jabatan Penjara, Mohamad Rosidek Musa berkata, pihaknya mempunyai prosedur operasi standard (SOP) bagi menangani sebarang salah laku dan perkara negatif dalam kalangan penghuni penjara.

Menurutnya, Jabatan Penjara memberi tumpuan kepada program pemulihan bagi membantu penghuni membina kehidupan baharu selepas dibebaskan.

“Dakwaan itu tidak benar kerana dalam konteks kepenjaraan, kita fokus kepada program pemulihan dan cuba atasi perkara negatif yang berlaku di penjara.

“Kita akui mungkin ada perkara yang berlaku, tetapi ia tidak seperti didakwa. Ramai yang bebas daripada penjara berjaya membina kehidupan baharu, jadi kenapa kita mahu fokus kepada perkara negatif,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penutupan Program Bookathon Jabatan Penjara Malaysia 2026 di Penjara Pengkalan Chepa, di sini, hari ini.

Mohamad Rosidek berkata, setiap salah laku dalam penjara akan ditangani mengikut peraturan dan prosedur ditetapkan, manakala SOP turut ditambah baik dari semasa ke semasa.

Terdahulu, Yasin menerusi podcast AididitMyWay mendakwa wujud hierarki dalam kalangan banduan berdasarkan faktor kewangan dan pengaruh.– AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading