Connect with us

ALHIJRAH NEWS

MUAZIN MASJIDIL HARAM, SHEIKH IBRAHIM AL MADANI MENINGGAL DUNIA

DUNIA

MUAZIN MASJIDIL HARAM, SHEIKH IBRAHIM AL MADANI MENINGGAL DUNIA

Muazin Masjidil Haram, Sheikh Ibrahim bin Adel Al Madani yang dikenali menerusi laungan azan Subuh dan bacaan takbirnya meninggal dunia pada usia 51 tahun. Rakaman suara Allahyarham ketika bertugas di Masjidil Haram turut menjadi perhatian pengguna media sosial.

MAKKAH: Muazin Masjidil Haram, Sheikh Ibrahim bin Adel Al Madani yang dikenali menerusi laungan azan Subuh dan bacaan takbirnya meninggal dunia pada Isnin dalam usia 51 tahun.

Setakat ini, tiada laporan rasmi mengenai punca kematian beliau.

Allahyarham merupakan antara 24 muazin utama di Masjidil Haram dan turut menjalankan tugas tabligh, iaitu mengulangi laungan takbir imam dengan suara lebih lantang dari bahagian mukabariya atau bilik azan supaya dapat didengari jemaah.

Menurut portal berita Arab Saudi, Okaz, berita pemergian Allahyarham mula tersebar menerusi hantaran beberapa warga pengurusan Dua Masjid Suci serta individu yang mengikuti perkembangan berkaitan azan di media sosial.

Susulan berita pemergian beliau, rakaman audio dan video yang memaparkan suara Allahyarham ketika melaungkan azan dan takbir di Masjidil Haram mula dikongsi pengguna media sosial.

Tanda pagar menggunakan nama Allahyarham turut menjadi perhatian pengguna platform berkenaan. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading