Connect with us

ALHIJRAH NEWS

LELAKI MAUT TERKENA RENJATAN ELEKTRIK DI LAHAD DATU

DALAM NEGARA

LELAKI MAUT TERKENA RENJATAN ELEKTRIK DI LAHAD DATU

Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, namun dipercayai tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan tidak dikenali oleh penduduk kampung terbabit.

LAHAD DATU: Seorang lelaki berusia 30-an maut selepas dipercayai terkena renjatan elektrik di Kampung Puyut, tengah hari tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu Sumsoa Rashid berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.47 tengah hari dan tiba di lokasi kejadian lapan minit kemudian.

“Operasi mengeluarkan mangsa dijalankan menggunakan pengusung dan tali selepas pihak Sabah Electricity Sdn Bhd memotong bekalan elektrik di kawasan itu.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan di lokasi kejadian,” katanya.

Beliau berkata mangsa dipercayai tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan tidak dikenali oleh penduduk kampung terbabit.

Sumsoa berkata operasi ditamatkan pada 1.36 tengah hari dan mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. — AlHijrah Online.


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading