Connect with us

ALHIJRAH NEWS

LELAKI MAUT TERJATUH DARI BANGUNAN PASAR BESAR IPOH

DALAM NEGARA

LELAKI MAUT TERJATUH DARI BANGUNAN PASAR BESAR IPOH

Siasatan awal mendapati mangsa yang berusia 29 tahun itu, meninggal dunia di tempat kejadian susulan kecederaan parah dialaminya.

IPOH: Seorang lelaki tempatan maut dipercayai terjatuh dari bangunan Pasar Besar Ipoh di Jalan Laksamana, pagi tadi kata Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Muhammad Najib Hamzah.

Beliau berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian berkenaan pada 9.25 pagi dan siasatan awal mendapati mangsa yang berusia 29 tahun itu, meninggal dunia di tempat kejadian susulan kecederaan parah dialaminya.

“Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh kira-kira 10.30 pagi bagi proses bedah siasat,” katanya.

Muhammad Najib meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian supaya menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh menerusi talian 05-245 1500 atau tampil di mana-mana balai polis berhampiran. — AlHijrah Online.


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading