Connect with us

ALHIJRAH NEWS

ANWAR GESA SEMUA PIHAK HORMATI KEDUDUKAN RAJA-RAJA MELAYU

DALAM NEGARA

ANWAR GESA SEMUA PIHAK HORMATI KEDUDUKAN RAJA-RAJA MELAYU

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam tindakan Menteri Besar dan barisan Exco Negeri Sembilan yang mempertikaikan kedudukan institusi beraja, sambil menegaskan Kerajaan Persekutuan akan mempertahankan Perlembagaan dan memastikan institusi raja-raja Melayu terus dihormati.

SHANGHAI: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam tindakan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Ismail Lasim dan barisan Exco negeri itu berhubung kemelut institusi diraja yang disifatkannya sebagai satu kesalahan besar dan tidak boleh diterima sama sekali.

Beliau menegaskan institusi raja-raja Melayu perlu terus dipelihara dan dimartabatkan, manakala sebarang perbezaan pendapat atau pertelingkahan hendaklah dikemukakan melalui saluran yang betul.

“Dan yang paling saya fikir tidak munasabah ialah Menteri Besar dan Exco yang buat keputusan. Ini langkah biadab, tidak ada tamadun dan saya bantah keras.

“Sejak bila mereka ada mandat nak pertikai kedudukan Raja?,” katanya kepada media Malaysia ketika menaiki kereta api berkelajuan tinggi menuju ke Hangzhou bagi meneruskan lawatan kerja tiga hari yang bermula semalam.

“Itu masih boleh kita bincang dan batalkan, tetapi saya tidak boleh fikir seorang pemimpin Melayu boleh bawa usul jatuhkan Raja Melayu. Saya tidak boleh terima sama sekali,” katanya.

Semalam, Mesyuarat Khas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Negeri Sembilan memutuskan untuk menggantung tugas Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Zafir Ibrahim dan Penasihat Undang-Undang Negeri, Datuk Muzalmah Mustapha Kamal, berkuat kuasa serta-merta.

Dalam pada itu, Anwar menegaskan Kerajaan Persekutuan akan mempertahankan Perlembagaan dan memastikan kedudukan institusi beraja terus dihormati.

“Jadi, saya nak tegaskan satu kesalahan besar bagi saya tentang yang mereka lakukan dan Kerajaan Persekutuan, kalau tanya bidang kuasa. Kita tunduk pada Perlembagaan.

“Saudara cemar dan langgar Perlembagaan, kita akan pertahankan. Kalau saya pimpin negara ini, saya nak pastikan Perlembagaan dihormati. Saya nak pastikan jangan ada kebiadapan termasuk mempertikaikan kedudukan raja,” katanya. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading