Connect with us

ALHIJRAH NEWS

22 ANAK MUDA GALAS NAMA MALAYSIA UNTUK BURU EMAS DI WORLDSKILLS COMPETITION 2026

DUNIA

22 ANAK MUDA GALAS NAMA MALAYSIA UNTUK BURU EMAS DI WORLDSKILLS COMPETITION 2026

Seramai 22 anak muda Malaysia menggalas nama negara dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), bersaing dengan peserta dari lebih 60 negara dalam 21 bidang kemahiran pada WorldSkills Shanghai 2026 bagi memburu pingat emas dan mengharumkan nama tanah air.

SHANGHAI: Seramai 22 anak muda Malaysia menyertai Pertandingan Kemahiran Dunia (WorldSkills Competition) Shanghai 2026 dengan misi memburu pingat emas dalam persaingan membabitkan peserta dari lebih 60 negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan syabas kepada kesemua peserta yang mewakili negara dalam 21 bidang kemahiran pada pertandingan berkenaan.

Ppeserta yang mewakili bakat terbaik negara dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) itu menjadi kebanggaan Malaysia ketika menjulang Jalur Gemilang pada majlis perasmian di Pusat Kebudayaan Ekspo Dunia Shanghai, malam tadi.

“Syabas kepada seramai 22 anak muda kita yang melambangkan bakat terbaik tanah air dalam bidang TVET sambil teguh menjulang Jalur Gemilang dengan rasa kebanggaan dan keyakinan,” katanya menerusi hantaran media sosial selepas majlis perasmian yang disempurnakan Perdana Menteri China, Li Qiang.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, beliau percaya kesemua peserta akan berjuang sedaya upaya untuk meraih kemenangan dalam pertandingan berkenaan.

“Saya doakan agar segala usaha gigih mereka tidak sia-sia, sebaliknya membuahkan hasil yang membanggakan dalam misi memburu pingat emas demi tanah air tercinta,” katanya.

Anwar tiba di Shanghai petang semalam bagi memulakan lawatan kerja selama tiga hari ke Shanghai dan Hangzhou.

Kemuncak lawatan berkenaan ialah mesyuarat peringkat tinggi bersama Li di Hangzhou, ibu kota wilayah Zhejiang, pada Khamis.

Perdana Menteri turut dijadualkan menghadiri WorldSkills Conference 2026 di Pusat Pameran dan Konvensyen Kebangsaan (NECC) serta menyampaikan ucaptama pada sesi pleno persidangan itu pada Rabu.

China kekal sebagai rakan dagang terbesar Malaysia selama 17 tahun berturut-turut dengan jumlah perdagangan dua hala mencecah USD113.82 bilion (RM456.68 bilion) bagi tempoh Januari hingga Ogos tahun ini. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading