Connect with us

ALHIJRAH NEWS

GST TIDAK AKAN DIPERKENALKAN SEMULA – PERDANA MENTERI

DALAM NEGARA

GST TIDAK AKAN DIPERKENALKAN SEMULA – PERDANA MENTERI

Kerajaan tidak akan memperkenalkan semula GST ketika pendapatan rakyat masih rendah kerana pelaksanaannya dikhuatiri menambah tekanan kos sara hidup, sebaliknya penambahbaikan akan dibuat terhadap sistem SST sedia ada.

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak akan memperkenalkan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) ketika pendapatan rakyat masih rendah kerana pelaksanaannya berpotensi menambah tekanan kos sara hidup.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pendirian itu bukan didorong pertimbangan politik, sebaliknya bagi memastikan sistem percukaian negara tidak membebankan rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, GST merupakan cukai yang bersifat menyeluruh dan pelaksanaannya semula dalam keadaan semasa bukan pilihan yang wajar.

Bagaimanapun, beliau berkata kerajaan terbuka melakukan penyesuaian terhadap sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sedia ada termasuk menangani isu cukai berganda yang dibangkitkan pihak industri.

“Saya bukan dogmatik dalam ekonomi. Sistemnya masih SST, tetapi satu dua penyesuaian supaya perbaiki sistem itu, baik. Mengapa kita tak mahu?

“Saya keras tak mahu GST. Bukan soal politik. Apa politiknya? Kalau menguntungkan ekonomi negara dan menguntungkan rakyat, saya (akan) teruskan (GST),” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat hari ini. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top