KUALA LUMPUR: Bapa kepada bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri telah meninggal dunia, awal pagi tadi.
Berita duka itu dikongsikan menerusi hantaran Facebook Dr Zulkifli, pagi ini.
“إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ.
Dengan penuh reda dan dukacita, kami memaklumkan bahawa ayahanda kami, Almarhum Ustaz Haji Mohamad A Bakar telah kembali ke rahmatullah pada jam 1.04 pagi, 6 Ramadan 1447H bersamaan 24 Februari 2026,” katanya.
Solat jenazah akan dilaksanakan pada jam 10 pagi di Tapak Masjid Baru, Kampung Kubang Kekura, Kuala Terengganu sebelum dikebumikan di tanah perkuburan Tok Khatib Siput.–AlHijrah Online