KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini membebaskan bekas Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia Kuala Lumpur (MCPF KL) dan seorang penceramah daripada pertuduhan melakukan pecah amanah dan bersubahat membabitkan dana yayasan itu berjumlah RM195,000.
Hakim Datin Sabariah Othman memutuskan demikian selepas mendapati pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Bok Siew Mun dan Saiful Hamiruzzaman Mohd Hazir.
“Pihak pendakwaan hanya membuktikan satu elemen sahaja berkaitan pecah amanah iaitu tertuduh pertama (Bok) adalah seorang ejen (bekas Pengerusi MCPF) manakala tiga elemen utama lain gagal dibuktikan iaitu beliau mempunyai kawalan dan penguasaan terhadap wang RM195,000.
“Pihak pendakwaan juga gagal membuktikan bahawa tertuduh pertama mempunyai niat curang untuk melakukan pecah amanah semasa meluluskan pengeluaran wang tersebut kerana kesemua proses telah dibuat di dalam mesyuarat Ahli Jawatankuasa MCPK KL,” katanya.
Beliau berkata elemen subahat juga gagal dibuktikan iaitu sama ada tertuduh kedua mempunyai niat untuk membantu atau berkonspirasi dalam melakukan pecah amanah bersama Bok.
“Selain itu, terdapat beberapa keterangan saksi pendakwaan yang bercanggah dan mempunyai versi berbeza, justeru mahkamah mendapati kes pendakwaan lemah dan gagal dibuktikan.
“Oleh itu, pihak pendakwa gagal membuktikan kes prima facie dan mahkamah dengan ini melepas serta membebaskan kedua-dua tertuduh daripada pertuduhan tersebut,” kata hakim itu.
Kes itu sebelum ini dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Lim Chooi Yi manakala peguam Fahmi Abd Moin mewakili kedua-dua tertuduh.
Perbicaraan bermula pada 28 Okt 2022 dan pendakwaan menutup kesnya pada 12 Julai selepas 13 saksi memberi keterangan.
Bok sebagai Pengerusi MCPF KL, yang diamanahkan penguasaan ke atas harta iaitu dana yayasan itu, didakwa melakukan pecah amanah dana yayasan dengan mengarahkan bayaran secara cek berjumlah RM195,000 kepada Syarikat Trio Green Hornet Sdn Bhd di Maybank Berhad, Cawangan Bandar Sri Permaisuri di sini pada 26 Feb hingga 31 Mei 2019.
Beliau didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman minimum penjara dua tahun dan maksimum 20 tahun dengan sebatan serta denda, jika sabit kesalahan.
Saiful Hamiruzzaman pula didakwa bersubahat dengan Bok untuk melakukan pecah amanah berkaitan dana yayasan sama dengan mengemukakan invois milik Syarikat Trio Green serta menandatangani baucar bayaran yayasan itu di tempat dan pada tarikh sama.
Beliau didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 109 kanun sama yang membawa hukuman sama, jika sabit kesalahan. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked