POLIS BURU PEMANDU, PENUMPANG MPV REMPUH SJR, PALANG TOL
PUTRAJAYA: Polis sedang memburu pemandu dan seorang penumpang sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire yang melanggar beberapa sekatan jalan raya (SJR) sekitar Sepang, dan palang tol Lebuhraya Elite, semalam.
PUTRAJAYA: Polis sedang memburu pemandu dan seorang penumpang sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire yang melanggar beberapa sekatan jalan raya (SJR) sekitar Sepang, dan palang tol Lebuhraya Elite, semalam.
Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata kenderaan yang kelihatan mencurigakan itu pada mulanya telah diarah berhenti di SJR di Cyber 8, Jalan Persiaran Apec, Cyberjaya pada kira-kira pukul 11.30 malam.
“Pemandu kenderaan bagaimanapun tidak mengendahkan arahan polis (sebaliknya) memecut meninggalkan SJR,” katanya, dan menambah polis kemudiannya membuat hebahan maklumat di Pusat Kawalan Polis untuk mengesan kenderaan berkenaan.
Beliau berkata kereta peronda polis (MPV) telah mengejar kenderaan itu di Lebuhraya Putrajaya dan ia kemudiannya merempuh palang tol susur keluar Lebuhraya Elite menghala ke Lapangan Terbang Terbang Kuala Lumpur (KLIA) dan turut merempuh palang tol Serenia di susur keluar Lebuhraya Elite ke Dengkil.
“Kenderaan itu seterusnya merempuh satu lagi SJR ketika melalui Jalan Dengkil-Banting dengan melanggar kon polis yang diletakkan di atas jalan raya sebelum terbabas di bahu jalan ketika di Kampung Olak Lempit, Banting,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Wan Kamarul Azran berkata kenderaan itu terbabas kira-kira 20 kilometer dari tempat SRJR Cyberjaya, dan pemandu serta penumpang bahagian hadapan kenderaan itu telah meloloskan diri, namun dua lagi penumpang berjaya ditahan.
Beliau berkata dua yang ditahan pada kira-kira pukul 2 pagi tadi itu adalah pasangan kekasih warga asing berumur 21 dan 32 tahun yang didapati tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah, dan selepas diperiksa polis menemukan dua bungkus plastik lutsinar mengandungi ketulan kristal dipercayai syabu yang dianggar seberat 103.61 gram dalam kenderaan berkenaan.
Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 186 atau Seksyen 279 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan memandu dengan gopoh serta cuai di jalan awam.
Menurutnya bagi kesalahan menghalang penjawat awam, ia boleh membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan, manakala bagi kesalahan memandu secara cuai, ia boleh membawa hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM2,000.
Wan Kamarul Azran berkata siasatan juga akan dijalankan oleh Bahagian Siasatan Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya yang memperuntukkan hukuman mati. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked