Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

171 PELAJAR TERIMA TAJAAN SKIM PEMBIAYAAN HAFIZ 2023

DALAM NEGARA

171 PELAJAR TERIMA TAJAAN SKIM PEMBIAYAAN HAFIZ 2023

PUTRAJAYA: Seramai 171 pelajar dipilih menerima tajaan program Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) bagi tahun 2023.

PUTRAJAYA: Seramai 171 pelajar dipilih menerima tajaan program Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) bagi tahun 2023.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata melalui skim itu kerajaan memperuntukkan sejumlah RM2,951,929.00 untuk membantu para pelajar huffaz menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

“Harapan saya agar semua pelajar yang mendapat tajaan SPH ini dapat meneruskan kecemerlangan sepanjang mengikuti pengajian, selaras dengan falsafah dan semangat ‘hayy ‘alal falah’ yang sentiasa lestari dalam jiwa dan minda umat Islam. 

“Doa saya semua pelajar dapat meneruskan kecemerlangan sepanjang mengikuti pengajian dan seterusnya mencurahkan khidmat bakti kepada agama dan negara apabila tamat belajar nanti,” katanya hari ini.

SPH pada tahun ini adalah terdiri daripada  3 orang pelajar sarjana, 130 orang pelajar ijazah sarjana muda dalam negara dan 38 pelajar ijazah sarjana muda di luar negara. 

Insentif yang diberikan ini adalah sebagai galakan dan penghargaan kepada para huffaz untuk melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading