Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

JAWI TERIMA ADUAN KESALAHAN QAZAF, AKAN LAKUKAN SIASATAN

DALAM NEGARA

JAWI TERIMA ADUAN KESALAHAN QAZAF, AKAN LAKUKAN SIASATAN

Siasatan terhadap aduan tersebut akan dilaksanakan oleh Bahagian Penguatkuasaan JAWI di bawah peruntukan Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559).

KUALA LUMPUR: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan menyiasat aduan daripada beberapa pihak berhubung isu kesalahan jenayah qazaf yang menjadi kontroversi baru-baru ini.

JAWI dalam kenyataan hari ini berkata, siasatan terhadap aduan tersebut akan dilaksanakan oleh Bahagian Penguatkuasaan JAWI di bawah peruntukan Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559).

“Di bawah akta tersebut JAWI akan mendapatkan keterangan daripada pihak yang dikenal pasti terlibat dengan isu jenayah Qazaf.

“Jabatan ini ingin mengingatkan semua pihak agar menjauhkan diri dari terjebak melakukan sebarang bentuk kesalahan jenayah Syariah yang boleh menimbulkan kemudaratan dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Sementara itu empat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) dan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah) hari ini tampil membuat laporan kepada JAWI berhubung tuduhan qazaf yang dibuat seorang pendakwah membabitkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Laporan itu juga bertujuan memberi peringatan kepada semua pihak agar berhati-hati dalam melemparkan tuduhan disamping memastikan tindakan seumpama itu tidak menjadi normalisasi dalam masyarakat.

Sebelum ini media turut melaporkan, seorang ahli politik dikaitkan dengan kesalahan jenayah qazaf selepas dikatakan menuduh pemimpin tertinggi negara terlibat dalam isu moral.– AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading