BERJAYA RAIH TIGA ANUGERAH BERPRESTIJ, SYED SALAHUDDIN LANCAR ‘ISYFA’LANA’
“Walaupun muziknya catchy, emosi lagu ini menggabungkan harapan dan kegembiraan. Harapan kerana kita mendambakan pertolongan Baginda SAW di hari kiamat, dan kegembiraan kerana hanya Nabi yang mampu menolong umatnya.”
Penyanyi nasyid dan pendakwah muda, Syed Salahuddin, kembali mewarnai industri muzik Islamik tanah air dengan pelancaran single terbaharu berjudul Isyfa’lana.
Lagu Isyfa’lana hadir menyusul kejayaan cemerlang beliau baru-baru ini apabila meraih pelbagai pengiktirafan berprestij antaranya Anugerah Vokal Terbaik, Music Video Terbaik Anugerah Carta IKIM 2025 serta Persembahan Terbaik di Anugerah Carta 114 TV AlHijrah, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara figura artis solo nasyid dan dakwah berpengaruh masa kini.
Bercerita mengenai karya terbarunya itu, Syed Salahuddin menjelaskan Isyfa’lana mengetengahkan gabungan elemen muzik arab dan nusantara, menjadikan ia sebuah irama yang mudah melekat di telinga, di samping membawa emosi dan makna yang lebih besar.
“Walaupun muziknya catchy, emosi lagu ini menggabungkan harapan dan kegembiraan. Harapan kerana kita mendambakan pertolongan Baginda SAW di hari kiamat, dan kegembiraan kerana hanya Nabi yang mampu menolong umatnya,” jelas beliau.
Tambah Syed, pengharapan kepada syafaat Nabi Muhammad SAW bukan sekadar lafaz di bibir, tetapi perlu diterjemahkan dalam kehidupan seharian seorang Muslim.
Dakwah, Tegur-Menegur Adalah Sunnah Terbesar Nabi SAW.
“Dalam kita mengharapkan syafaat Nabi ini, perkara utama yang boleh melayakkan kita mendapat syafaat ialah apabila Nabi kenal kita. Caranya adalah dengan mengikuti sunnah terbesar baginda, iaitu dakwah amar makruf nahi mungkar.”
Jelas Syed lagi, dakwah yang berkesan ada cara dan seninya. Perlukan cara yang betul dan selari dengan sunnah Nabi saw.
“Cara menegur yang baik bermula dengan niat. Niat menegur bukan untuk merasa diri lebih baik, tetapi kerana sayang kepada saudara kita kerana Allah. Malangnya, ramai yang menegur dengan cara perli, menghina dan menjatuhkan,” ujar Syed.
Beliau turut mengulas fenomena teguran secara maya yang sering dipengaruhi keinginan mengejar populariti.
“Zaman sekarang, ramai mengejar like dan view. Teguran nampak baik, tetapi bila dimasukkan unsur menjatuhkan, views naik, like mencanak, akhirnya yang menegur itu sendiri hanyut dengan rasa bangga diri, bukan kerana kasih sayang kepada saudaranya.”
Syed turut mengingatkan bahawa selain memberikan teguran serta dakwah, menerima teguran juga menuntut kepada kerendahan hati dan muhasabah diri.
“Cara menerima teguran ialah dengan melihat diri sendiri dahulu sebelum melihat orang lain. Teguran itu adalah hikmah Allah Taala untuk menyedarkan kita. Jangan lihat siapa yang menegur, tetapi nilai apa yang ditegur.”
Beliau menegaskan bahawa mengikuti sunnah Nabi tidak seharusnya terhad kepada aspek luaran semata-mata, sebaliknya merangkumi seluruh cara hidup.
“Bukan sekadar pakaian atau penampilan, tetapi membawa kebenaran dalam segenap aspek kehidupan dan tidak reda dengan kemungkaran yang berlaku. Insya-Allah, dengan cara ini Nabi akan mengenali kita dan melayakkan kita mendapat syafaat baginda, sepertimana di dalam Isyfa’lana.”
Beliau menutup pesanan dengan satu peringatan yang tegas tetapi penuh hikmah.
“Walaupun kebenaran itu kadang-kadang keras dan berat, ia perlu diterima. Jika salah, akui dan minta maaf. Tiada yang hina dalam memohon maaf dan memperbaiki diri. Bahkan di sisi Allah, itulah yang paling mulia.”
Single Isyfa’lana kini boleh didengarkan di semua platform penstriman digital utama dan di YouTube Tarbiah Sentap.
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked