KUALA LUMPUR: Ahli kumpulan nasyid Raihan, Abu Bakar Md Yatim dikejarkan ke Institut Jantung Negara (IJN) di ibu negara malam tadi akibat serangan jantung.
Bagaimanapun, beliau dilaporkan stabil selepas menjalani pembedahan jantung di IJN pada jam 3 pagi tadi.
Terdahulu, Abu Bakar dibawa ke Hospital Sungai Buloh sebelum dibawa ke IJN untuk rawatan lanjut.
Difahamkan beliau menjalani prosedur pembedahan pemasangan sten selepas jantungnya dikesan mengalami saluran tersumbat.
Abu Bakar kini berada Unit Rawatan Koronari (CCU) IJN untuk pemantauan lanjut oleh pasukan perubatan.
Kumpulan nasyid Raihan dijadualkan akan mengadakan persembahan di Singapura dan Johor Bahru pada hujung minggu ini.—AlHijrah Online
Pingback: Abu Bakar masuk hospital akibat serangan jantung - NasyidKita
Pingback: Terkena Serangan Jantung, Ahli Kumpulan Raihan Stabil Selepas Pembedahan - Berani Bangkit