Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

WANITA MAUT TERCAMPAK KELUAR KERETA DALAM NAHAS TIGA KENDERAAN

DALAM NEGARA

WANITA MAUT TERCAMPAK KELUAR KERETA DALAM NAHAS TIGA KENDERAAN

Seorang wanita maut selepas tercampak keluar dari kenderaan dalam nahas tiga kenderaan, di Kilometer 438.5 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), berhampiran Sungai Buaya, di Hulu Selangor, pagi tadi. 

HULU SELANGOR: Seorang wanita maut selepas tercampak keluar dari kenderaan dalam nahas tiga kenderaan, di Kilometer 438.5 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), berhampiran Sungai Buaya, di sini pagi tadi. 

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, nahas tersebut turut mengakibatkan dua orang mangsa cedera parah manakala seorang mengalami cedera ringan. 

Katanya, bomba menerima panggilan kecemasan sekitar jam 6:30 pagi sebelum mengerahkan anggota ke lokasi kejadian yang berjarak 14 kilometer dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Bukit Sentosa. 

“Kemalangan melibatkan tiga kenderaan iaitu sebuah Perodua Myvi yang dinaiki dua orang mangsa, sebuah lagi Myvi dinaiki seorang mangsa dan satu Honda Jazz dinaiki seorang mangsa. 

“Untuk Perodua Myvi yang pertama, seorang lelaki berusia 25 tahun telah tersepit serta cedera parah manakala seorang perempuan berusia 44 tahun tercampak keluar sebelum mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) di lokasi kejadian.

“Mangsa perempuan berusia 30 tahun yang menaiki Perodua Myvi kedua turut tersepit dan cedera parah, selain mangsa lelaki berusia 27 tahun menaiki Honda Jazz hanya mengalami cedera ringan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Tambah Ahmad Mukhlis, mangsa tersepit berjaya dikeluarkan pada jam 7:13 pagi sebelum kesemua mangsa diserahkan kepada KKM untuk tindakan lanjut.


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading