Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BURUH ACUKAN PISAU, ROGOL REMAJA PEREMPUAN

DALAM NEGARA

BURUH ACUKAN PISAU, ROGOL REMAJA PEREMPUAN

KOTA BHARU: Seorang buruh didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu atas pertuduhan merogol remaja perempuan dengan mengacukan sebuah pisau pada leher mangsa, dalam sebuah rumah di Jalan Bayam, di sini, pada 25 Februari lalu.

Tertuduh, Jafrifoo Che Ali, 49, bagaimanapun mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Menurut pertuduhan, tertuduh merogol remaja berumur 13 tahun selepas mengacukan pisau pada leher mangsa.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Sharifah Amirda Shasha Amir Sharifuddin dan tertuduh diwakili Peguam Nur Fatin Shahirah Abu Hassan.

Mahkamah juga tidak menawarkan sebarang jaminan dan menetapkan 5 Mei sebagai tarikh sebutan semula kes.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading