KELANTAN BENARKAN BILANGAN JEMAAH SOLAT JUMAAT, FARDU 50 PERATUS KAPASITI MASJID

KOTA BHARU: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) membenarkan pelaksanaan solat Jumaat dan fardu dengan bilangan jemaah 50 peratus daripada kapasiti masjid, bermula esok.

Yang Dipertua MAIK, Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, kebenaran turut diberikan untuk kuliah agama serta kelas al-Quran dengan 30 peratus kapasiti masjid dengan penjarakan fizikal satu meter antara jemaah.

Mohamad Rizam yang juga Tengku Temenggong Kelantan memaklumkan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V sebagai Ketua Agama Islam Negeri telah memperkenan perkara tersebut.

“Prosedur operasi standard (SOP) bagi pelaksanaan solat Jumaat dan fardu dikekalkan seperti sebelum ini termasuk penjarakan fizikal satu meter.

“MAIK mengharapkan kerjasama daripada semua pihak dalam melaksanakan ketetapan ini dan tindakan sewajarnya akan dikenakan kepada mereka yang gagal mematuhi SOP ini,” katanya.

–AlHijrah Online

Leave a Reply