Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BURUH DIDENDA RM4,000 UGUT BUNUH RAKAN KERANA TAK KEMAS BILIK

DALAM NEGARA

BURUH DIDENDA RM4,000 UGUT BUNUH RAKAN KERANA TAK KEMAS BILIK

Mohd Khairul Izuwan didakwa mengugut operator kilang Mohamad Khairul Alimie Md Rosalin, 23, sambil membawa sebilah pisau.

SHAH ALAM: Seorang buruh didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mengugut bunuh teman serumahnya, bulan lepas.

Majistret Sasha Diana Sabtu menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohd Khairul Izuwan Che Rahim, 35, dan memerintahkannya dipenjara tujuh bulan jika gagal membayar denda.

Mohd Khairul Izuwan didakwa mengugut operator kilang Mohamad Khairul Alimie Md Rosalin, 23, sambil membawa sebilah pisau.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Kampung Sri Aman, Puchong pada 6 petang, 1 April lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

Mengikut fakta kes, ketika kejadian, tertuduh telah memarahi mangsa kerana tidak mengemas bilik dan turut membakar kasut, baju serta seluar mangsa dan tertuduh bertindak mengejar mangsa menggunakan sebilah pisau.

Terdahulu, Mohd Khairul Izuwan yang tidak diwakili peguam, merayu hukuman denda minimum bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya Erneetha Kaur Baghwant Singh memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran atas alasan kesalahan itu bersifat keganasan. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading