CUACA PANAS BERI CABARAN GURU TASKA RANCANG AKTIVITI
Cuaca panas ketika ini secara tidak langsung memberikan cabaran baharu terhadap guru taman asuhan kanak-kanak (Taska) apabila terpaksa mengehadkan aktiviti fizikal luar.
GUA MUSANG: Cuaca panas ketika ini secara tidak langsung memberikan cabaran baharu terhadap guru taman asuhan kanak-kanak (Taska) di daerah ini apabila terpaksa mengehadkan aktiviti fizikal luar.
Guru taska Nur Farhani Mohd Shukri, 27, berkata dia dan guru lain perlu menjadi lebih kreatif merancang aktiviti untuk mengawal emosi kanak-kanak sekali gus mengelak mereka daripada meragam.
Menurut Nur Farhani, kanak-kanak lebih gemar melakukan aktiviti di luar premis memandangkan kawasan lebih luas dan mereka lebih bebas bergerak.
“Cabaran kita lebih, kita perlu cari aktiviti yang lebih kreatif untuk anak hilang kebosanan.”
“Kalau cuaca tidak panas, kita boleh pujuk mereka main di taman, ambil udara luar atau tengok haiwan seperti burung. Sekarang ini, sebab panas tinggi sangat kita tak dapat buatlah aktiviti luar,” katanya kepada pemberita di Taska Anakku Khalifah di Bandar Baru di sini.
Nurul Syafiqah Zamri, 24, pula berkata dia perlu memberi perhatian yang lebih terutama terhadap bayi dan kanak-kanak bawah usia dua tahun.
“Memang berbeza dan mereka banyak meragam, ada kalanya mereka meminta susu lebih daripada kebiasaan.”
“Kita akan menasihati ibu bapa untuk menyediakan pakaian yang bersesuaian dengan musim sekarang. Kami juga lebih kerap memandikan anak-anak,” katanya.
Sementara itu, pengusaha taska Siti Fatimah Zaharah Ahmad, 38, tidak menafikan cabaran lebih berganda ketika ini berikutan keadaan cuaca yang panas yang membantutkan aktiviti fizikal anak-anak jagaan taska berkenaan.
“Suhu terlalu panas sekarang jadi saya menitikberatkan keselamatan anak-anak. Saya lebih kerap ingatkan cikgu supaya anak-anak minum air kosong secukupnya dan memperbanyak aktiviti di dalam premis sahaja.”
“Untuk aktiviti luar, kami hanya hadkan pada waktu pagi,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.