Legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei berkata beliau belum memikirkan soal mengisi kekosongan selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Akademi Badminton Malaysia (ABM) bagi menggantikan Michelle Chai yang meletakkan jawatan baru-baru ini.
PETALING JAYA: Legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei berkata beliau belum memikirkan soal mengisi kekosongan selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Akademi Badminton Malaysia (ABM) bagi menggantikan Michelle Chai yang meletakkan jawatan baru-baru ini.
Chong Wei berkata selaku pemain yang telah mencurahkan segalanya untuk sukan itu, beliau sentiasa bersedia membantu Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dari sudut lain bagi mencari jalan menambah baik prestasi skuad negara.
“Bagi saya bukan masanya sekarang. Saya sepanjang masa, kalau BAM perlukan bantuan, saya akan bantu.
“Kalau secara sambilan, misalnya sebagai penasihat tiada masalah namun saya tak boleh sepenuh masa. Apapun saya tetap bersama BAM,” katanya.
Chong Wei yang merupakan antara panel penasihat teknikal kepada badan induk sukan itu berkata demikan kepada pemberita pada Majlis Jamuan Raya Aidilfitri Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dan Liga Bola Sepak Amatur (AFL) di Wisma FAM, di sini semalam.
Chong Wei berkata demikian sebagai mengulas pandangan pelbagai pihak bahawa kekosongan jawatan CEO ABM itu layak diisi oleh beliau.
Michelle sebelum ini membuat keputusan meletakkan jawatan CEO ABM bagi mengambil tanggungjawab aksi mengecewakan skuad badminton negara di pentas Sukan SEA 2023 Kemboja yang baru sahaja berakhir.
Sementara itu, mengulas mengenai pencapaian skuad badminton negara yang melangkah ke saingan suku akhir Piala Sudirman di Suzhou, China, beliau berkata ia merupakan persembahan terpuji dipamerkan selepas mereka berjaya menang kesemua perlawanan peringkat Kumpulan C.
“Mereka mempamerkan aksi luar biasa ketika beraksi menentang Australia, Taiwan dan India dalam peringkat kumpulan. Kekalkan momentum ini dan lebih bersemangat di suku akhir.
“Saya harap mereka akan pergi jauh lagi, tambahan pula ini adalah kejohanan yang turut menawarkan mata ke Sukan Olimpik Paris 2024,” katanya.
Skuad negara dijadualkan menentang Denmark pada aksi suku akhir pada 5 petang ini waktu Malaysia.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.