Pengarah Operasi Madinah, Ashrof Shamsuddin berkata suhu di Madinah ketika ini mencecah 40 darjah Celcius pada sebelah siang dan 26 darjah Celcius waktu malam.
MADINAH: Para jemaah haji yang menziarahi Madinah diingatkan bersedia dari segi fizikal dan mental untuk menghadapi cuaca panas di sini.
Pengarah Operasi Madinah Ashrof Shamsuddin berkata suhu di sini ketika ini mencecah 40 darjah Celcius pada sebelah siang dan 26 darjah Celcius waktu malam.
Beliau berkata keadaan cuaca di Arab Saudi adalah panas dan kering berbanding di Malaysia iaitu panas dan lembap.
“Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengingatkan jemaah haji supaya banyakkan minum air kosong, berada di tempat yang tidak terdedah secara terus kepada cuaca panas serta tidak memakai pakaian ketat,” katanya kepada pemberita di sini.
Beliau turut mengingatkan jemaah haji supaya menyertai kumpulan WhatsApp mengikut jadual penerbangan masing-masing untuk mendapatkan maklumat terkini berhubung aktiviti ketika musim haji 1444 Hijrah.
Menurutnya inisiatif dilaksanakan Tabung Haji (TH) pada tahun ini bertujuan memudahkan jemaah haji mengetahui aktiviti harian mereka berbanding kaedah menampal notis sebelum ini.
“Aktiviti kumpulan penerbangan ini berbeza-beza, jadi dengan mengetahui maklumat secara terus di hujung jari akan memudahkan para jemaah,” katanya.
Beliau berkata bagi warga emas yang tidak mempunyai aplikasi itu, rakan sebilik mereka diharap membekalkan maklumat yang disampaikan TH dari semasa ke semasa.
Dalam pada itu, Ashrof berkata bagi fasa pertama, sebanyak 45 penerbangan jemaah haji Malaysia akan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Prince Mohammad bin Abdulaziz di sini secara berperingkat bermula 21 Mei ini.
Ashrof berkata jemaah haji akan ditempatkan di tiga bangunan di sini dan berada selama enam hari sebelum berangkat ke Makkah.
Sepanjang berada di Madinah, pelbagai aktiviti diatur antaranya menziarahi makam Nabi Muhammad, memasuki Raudhah di Masjid Nabawi serta menziarahi tempat bersejarah di sini.
“Persiapan menanti ketibaan jemaah haji berjalan lancar dan kita telah bersedia menerima duyufurrahman (tetamu Allah),” katanya menambah secara keseluruhan 14,000 jemaah akan tiba di Madinah secara berperingkat. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Delegasi Malaysia ke Global Sumud Parliamentary Congress di Brussels, Belgium membawa mandat untuk meningkatkan tekanan politik antarabangsa terhadap Israel...
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked