Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TIGA KRITIKAL KERETA REMPUH GERAI NASI LEMAK

DALAM NEGARA

TIGA KRITIKAL KERETA REMPUH GERAI NASI LEMAK

Tiga kritikal manakala enam lagi cedera apabila sebuah kereta terbabas dan merempuh gerai nasi lemak di Jalan Hospital dekat Taman Suria Jitra, pagi tadi.

ALOR SETAR: Tiga kritikal manakala enam lagi cedera apabila sebuah kereta terbabas dan merempuh gerai nasi lemak di Jalan Hospital dekat Taman Suria Jitra, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Supt Rodzi Abu Hassan berkata dalam kejadian kira-kira 8.25 pagi itu turut melibatkan tiga buah kenderaan lain dan enam motosikal yang berada berhampiran gerai terbabit.

“Siasatan awal mendapati kereta jenis Proton Satria itu terbabas dan melanggar kereta lain diletakkan di tepi jalan sebelum merempuh orang ramai yang sedang beratur di hadapan gerai nasi lemak berkenaan.

“Sembilan individu cedera dengan tiga daripada mereka kritikal termasuk pasangan suami isteri yang menjual nasi lemak di gerai itu. Mereka yang cedera telah dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Rodzi berkata pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung kemalangan itu dan mengambil keterangan beberapa saksi yang berada di lokasi kejadian.

“Pemandu kereta berkenaan juga didapati tiada lesen memandu dan cukai jalan serta insurans kenderaan itu juga telah tamat tempoh,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah Penguasa Bomba Abdul Rahim Che Omar dalam kenyataan berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 8.56 pagi dan sebuah jentera serta van perkhidmatan penyelamat perubatan kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat Jitra dikerah ke lokasi kejadian.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading