CHINA MINAT TINGKAT KERJASAMA DENGAN MALAYSIA DALAM INDUSTRI HALAL
KUALA LUMPUR: China berminat untuk bekerjasama dalam industri halal dengan Malaysia merangkumi pensijilan, perkhidmatan dan produk halal, kata Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. – Bernama
KUALA LUMPUR: China berminat untuk bekerjasama dalam industri halal dengan Malaysia merangkumi pensijilan, perkhidmatan dan produk halal, kata Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin.
Beliau berkata kesungguhan itu dizahirkan Perdana Menteri China Li Qiang dalam pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mengadakan lawatan rasmi ke negara itu bermula 22 Mei hingga 1 Jun lepas.
“Semasa kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Li Qiang, Timbalan Perdana Menteri telah mengambil peluang untuk memaklumkan tentang industri halal global yang bernilai US$3.1 trilion pada 2018 dan berkembang sebanyak 4.1 peratus setiap tahun serta dijangka mencapai US$5 trilion pada 2030,” katanya.
Beliau berkata demikian menjawab soalan Tan Kok Wai (PH-Cheras) yang ingin tahu hasil lawatan Timbalan Perdana Menteri ke China bersempena ulang tahun ke-50 hubungan dua hala Malaysia-China di Dewan Rakyat hari ini.
Mohamad berkata dalam lawatan itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah turut mengambil peluang meneroka peluang kerjasama antara Malaysia dan China, terutamanya Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta kesalinghubungan selain hubungan sesama rakyat.
Beliau berkata kedua-dua pihak juga telah bertukar pandangan mengenai isu-isu serantau dan antarabangsa yang melibatkan kepentingan bersama termasuklah bidang teknologi tinggi, tenaga yang boleh diperbaharui, ekonomi digital dan semikonduktor.
Secara keseluruhannya, Mohamad berkata lawatan rasmi itu berjaya mencapai matlamat untuk mengeratkan lagi hubungan dua hala dan mengekalkan persefahaman sedia ada antara Malaysia dengan China.
Menjawab pertanyaan tambahan Zakri Hassan (PN-Kangar) berkaitan isu Laut China Selatan, Mohamad berkata Malaysia tegas mempertahankan kedaulatan negara ini serta sedia menggunakan semua platform yang ada untuk berunding dengan China yang dilaporkan menempatkan kapal perang di kawasan berkenaan.
“Kita tidak akan berkompromi soal kedaulatan dan akan menggunakan mekanisme sedia ada untuk teruskan rundingan termasuk mengenai Kod Tata Laku (COC) menangani isu Laut China Selatan,” katanya. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager