TABIKA PRA TAHFIZ KEMAS BUKTI ISLAM KUKUH DI MALAYSIA – AHMAD ZAHID
NIBONG TEBAL: Program Tabika Pra Tahfiz Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) adalah cerminan yang membuktikan agama Islam tidak terancam di bawah pemerintahan Kerajaan Perpaduan malah ia lebih kukuh di Malaysia, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan ucapan pada Program Pra Tahfiz Peringkat Negeri Pulau Pinang.
NIBONG TEBAL: Program Tabika Pra Tahfiz Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) adalah cerminan yang membuktikan agama Islam tidak terancam di bawah pemerintahan Kerajaan Perpaduan malah ia lebih kukuh di Malaysia, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Menafikan dakwaan segelintir pihak kononnya agama Islam dan Orang Melayu terancam di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan, Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu berkata program tersebut merupakan pencetus perubahan dalam pendidikan Islam.
Beliau berkata DAP sebagai parti komponen dalam gabungan politik itu tidak pernah menentang program berkenaan apabila ia dibentang dalam mesyuarat Jemaah Menteri.
“Mereka sangat prihatin terhadap Perkara 3 dalam Perlembagaan iaitu kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan dan Perkara 153 iaitu kedudukan hak istimewa Orang Melayu serta kedudukan Raja-Raja Melayu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan prapelancaran Pra Tahfiz Tabika Kemas Negeri Pulau Pinang di Dewan Perda-Tech, Bukit Panchor di sini semalam.
Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata program itu akan memberi penekanan terhadap ibadah lain termasuk solat kepada anak-anak Tabika Kemas.
“Di samping itu juga, kita tidak mengetepikan soal agama lain dan juga bangsa lain yang memasuki tabika atau tadika. Di Tadika Perpaduan umpamanya, pendidikan sivik dilaksanakan.
“Begitu juga mana-mana anak orang bukan Islam yang masuk ke Tadika Kemas, pendidikan yang begitu juga dibuat ketika pengajaran al-Quran dan solat dilakukan,” katanya.
Tabika Pra Tahfiz Kemas adalah program untuk memperkasakan Pendidikan al-Quran selain memberi nilai tambah kepada modul sedia ada (Program Penghayatan Islam) di Tabika Kemas.
Ia merangkumi aspek Pendidikan al-Quran dalam melahirkan Huffaz Cilik yang menguasai hafazan al-Quran bagi surah-surah dalam juzuk amma dan surah pilihan (Juzuk 30) dengan Bacaan (Qiraat) Adab dan Tadabbur.
Program itu turut menjadi antara Hala Tuju Strategik (HATS) Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah Tahun 2023 dalam Membangun Modal Insan Desa Secara Komprehensif bagi memperkasakan Pendidikan al-Quran kepada kanak-kanak. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked