Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SEJUTA PENDUDUK KEMURUNGAN: AGENSI AGAMA DIARAH GERAKKAN PROGRAM DAKWAH, KESEDARAN

DALAM NEGARA

SEJUTA PENDUDUK KEMURUNGAN: AGENSI AGAMA DIARAH GERAKKAN PROGRAM DAKWAH, KESEDARAN

KUALA LUMPUR: Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2023 yang telah mendedahkan bahawa seramai sejuta atau 4.6 peratus penduduk Malaysia berusia lebih 15 tahun mengalami kemurungan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar. — Bernama

KUALA LUMPUR: Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2023 yang telah mendedahkan bahawa seramai sejuta atau 4.6 peratus penduduk Malaysia berusia lebih 15 tahun mengalami kemurungan.

Susulan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata pihaknya berpandangan isu itu perlu diberikan perhatian oleh semua pihak untuk membantu pihak Kementerian Kesihatan Malaysia menangani isu tersebut.

“Menerusi hasil tinjauan tersebut yang dilakukan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia, bilangan penduduk yang mengalami kemurungan meningkat dua kali ganda dari 2019 hingga 2023 di mana hampir separuh daripada mereka telah berfikir untuk mencederakan diri sendiri atau membunuh diri.

“Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah diarah bersama-sama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) untuk menggerakkan program-program dakwah, pembangunan insan serta terapi psikospiritual syarie di peringkat lapangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada masa sama, program Pusat Khidmat Keluarga, Sosial dan Komuniti (PKKSK) yang dijalankan oleh JAKIM dan JAWI diteruskan dengan aktif kepada masyarakat. 

Masjid-masjid di bawah pengurusan JAKIM dan JAWI juga telah diarah untuk melipatganda program-program kesedaran berkaitan isu-isu kesihatan mental kepada masyarakat awam. 

“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) amat yakin dengan kerjasama strategik semua pihak, ia akan memberikan kekuatan kepada usaha-usaha menangani isu-isu kesihatan mental,” katanya. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading