KUNJUNGAN SHEIKH AL-AZHAR BUKA RUANG PERKASA PENDIDIKAN TAHFIZ, AL-QURAN NEGARA – MOHD NA’IM
HULU SELANGOR: Kunjungan Sheikh Al-Azhar Al-Sharif Prof Dr Ahmad Muhammad Ahmad At-Tayyeb ke Malaysia khususnya Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), akan membuka dimensi baharu kepada pemerkasaan serta perkembangan pendidikan tahfiz dan Al-Quran di negara ini.
Sheikh Al-Azhar Al-Sharif, Prof Dr Ahmad Muhammad Ahmad At-Tayyeb (dua, kanan) menyantuni pelajar Darul Quran semasa membuat Lawatan Kerja ke Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Kuala Kubu Bharu hari ini. — Bernama
HULU SELANGOR: Kunjungan Sheikh Al-Azhar Al-Sharif Prof Dr Ahmad Muhammad Ahmad At-Tayyeb ke Malaysia khususnya Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), akan membuka dimensi baharu kepada pemerkasaan serta perkembangan pendidikan tahfiz dan Al-Quran di negara ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata kunjungan Sheikh Al-Azhar juga diharap membuka peluang lebih luas kepada graduan Darul Quran JAKIM untuk melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar, Mesir.
“Ini membuka peluang yang lebih luas kepada para graduan Darul Quran JAKIM untuk melanjutkan pengajian bukan sahaja di Maahad Qiraat Shoubra, Mesir tetapi juga dalam bidang-bidang lain di Universiti Al-Azhar,“ katanya ketika berucap pada majlis lawatan kerja Sheikh Al-Azhar itu ke Darul Quran JAKIM) di Kuala Kubu Bharu, hari ini.
Beliau berucap dalam Bahasa Arab dan terjemahan teks ucapan dalam Bahasa Melayu diedarkan oleh pejabat menteri kepada media, di sini.
Turut hadir Ketua Pengarah JAKIM Datuk Hakimah Mohd Yusoff dan Pengetua Darul Quran Mohd Ansarullah Mohd Hashim.
Menurut Mohd Na’im Malaysia sejak pascakemerdekaan terus komited memperkasakan pendidikan tahfiz dan al-Quran menerusi pelbagai institusi swasta dan kerajaan termasuk penubuhan Darul Quran sebagai institusi pengajian al-Quran dan Qiraat.
Beliau berkata sejak penubuhannya pada 1966, Darul Quran telah memainkan peranan besar dalam pendidikan tahfiz di negara ini.
“Sehingga kini bilangan graduan Darul Quran mencapai lebih daripada 11,000 orang yang memainkan peranan penting dalam membentuk keperibadian ummah serta pada masa sama menggalakkan perkembangan pendidikan tahfiz dalam negara.
“Malah di peringkat pengajian tinggi juga telah diperkenalkan bidang tahfiz sebagai satu daripada bidang pengajian dan sebagai nilai tambah bagi bidang-bidang profesional yang ditawarkan,” katanya.
Mohd Na’im berkata pengintegrasian komponen pendidikan al-Quran dengan bidang lain mampu melahirkan generasi penghafaz al-Quran yang menguasai bidang ilmu lain seterusnya mewujudkan keseimbangan kesejahteraan duniawi dan ukhrawi.
Sheikh Al-Azhar kini dalam lawatan khas ke Malaysia selama empat hari sehingga Jumaat ini atas undangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Petang ini, Sheikh Al-Azhar dijadualkan mengadakan pertemua bersama Anwar di Seri Perdana, Putrajaya dan seterusnya menyertai Majlis Ilmu MADANI: Distinguished Speaker Series.
Lawatan khas oleh Sheikh Al-Azhar, yang berstatus Perdana Menteri berdasarkan Perlembagaan Mesir, merupakan detik bersejarah dalam hubungan dua hala antara Malaysia dan Mesir. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.