PUTRAJAYA: Malaysia akan terus lantang bersuara di setiap pentas dunia agar pembunuhan kejam rakyat Palestin dihentikan serta gencatan senjata di Gaza kekal, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.
PUTRAJAYA: Malaysia akan terus lantang bersuara di setiap pentas dunia agar pembunuhan kejam rakyat Palestin dihentikan serta gencatan senjata di Gaza kekal, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.
Beliau berkata adalah menjadi harapan Malaysia agar rakyat Palestin dapat balik ke kampung halaman masing-masing dan sebuah negara Palestin yang merdeka dapat ditubuhkan secepat mungkin.
“(Kita) harap sebuah negara Palestin yang merdeka dapat ditubuhkan secepat mungkin dan rakyat dapat kembali ke tanah air mereka mengikut garis sempadan sebelum 1967. Ini harapan seluruh masyarakat antarabangsa agar isu Gaza dapat diselesaikan,” katanya kepada media selepas pelancaran Inisiatif Kemanusiaan untuk Palestin, di sini hari ini.
Mohamad berkata Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) yang dijadual September ini akan menjadi pentas utama untuk menyuarakan dan mengutuk tindakan kejam rejim Zionis terhadap rakyat Palestin yang tidak berdosa.
“Kita (Malaysia) mahu supaya resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), penghakiman sementara oleh mahkamah keadilan antarabangsa itu dikuat kuasa, cadangan tiga fasa gencatan senjata oleh Amerika yang diterima semua pihak,” katanya.
Mohamad berkata memandangkan pintu masuk ke Rafah telah dimusnahkan, satu-satunya pintu yang dibuka untuk penghantaran bantuan kemanusian ke Gaza adalah melalui Jambatan Allenby/Raja Hussein yang menghubungkan Tebing Barat dengan Jordan.
Oleh itu, beliau berkata sebarang bantuan kemanusian seeloknya dihantar melalui Jordan memandangkan negara itu mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel.
Sementara itu, beliau berkata program hari ini bertujuan untuk menguar-uarkan inisiatif kemanusiaan yang dijalankan kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan dan syarikat-syarikat swasta bagi membantu rakyat Palestin terutamanya di Gaza yang sedang menderita akibat kekurangan bekalan makanan, perubatan dan keperluan asas.
Pada majlis itu pelbagai inisiatif dilancarkan antaranya kerjasama dengan Touch ‘n Go melalui eWallet dan Misi Satu Juta Pek Makanan dan Daging Korban ke Bumi Palestin oleh Yayasan Budi Ihsan Malaysia.
Mohamad berkata Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) sehingga kini mengumpul sebanyak RM98.8 juta dan daripada jumlah itu, RM35 juta telah disalurkan kepada pertubuhan antarabangsa di bawah PBB seperti United Nations Relief and Works Agency for Palestine Refugees in the Near East (UNRWA) dan Office for the Coordination of Humanitarian Affairs (OCHA). — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.