Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LELAKI DIDAKWA BUNUH IBU DIARAH JALANI PEMERIKSAAN MENTAL

DALAM NEGARA

LELAKI DIDAKWA BUNUH IBU DIARAH JALANI PEMERIKSAAN MENTAL

Mahkamah Majistret Bahau hari ini mengarahkan seorang lelaki yang disyaki membunuh ibu kandungnya di sebuah rumah bulan lepas untuk menjalani pemeriksaan mental selama sebulan.

Sumber Gambar: BERNAMA

JEMPOL: Mahkamah Majistret Bahau hari ini mengarahkan seorang lelaki yang disyaki membunuh ibu kandungnya di sebuah rumah bulan lepas untuk menjalani pemeriksaan mental selama sebulan.

Perintah itu dikeluarkan Majistret Norshazwani Ishak terhadap lelaki berusia 33 tahun itu selepas pihak pendakwaan meminta dia menjalani pemeriksaan mental terlebih dahulu sebelum sebarang pengakuan direkodkan.

Timbalan Pendakwa Raya Farahidah Zool Beri berkata memandangkan orang kena tuduh (OKT) disyaki tidak sempurna akal, pihak pendakwaan memohon supaya OKT dihantar ke Hospital Permai, Johor terlebih dahulu untuk penilaian mental mengikut Seksyen 342 Kanun Acara Jenayah.

Majistret kemudiannya membenarkan tertuduh dihantar ke hospital terbabit untuk penilaian bagi memastikan OKT mempunyai masalah berkenaan dan kes akan disebut semula pada 5 Ogos ini untuk status laporan penilaian mental itu.

Tertuduh bakal berhadapan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum mati.—AlHijrah Online

MENYUSUL LANJUT


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading