Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

COVID-19: JEPUN TUTUP LALUAN PENDAKIAN GUNUNG FUJI

DUNIA

COVID-19: JEPUN TUTUP LALUAN PENDAKIAN GUNUNG FUJI

ANKARA: Jepun hari ini memutuskan menutup Gunung Fuji dari pendaki pada musim panas ekoran penularan wabak COVID-19, lapor media tempatan.

Gunung Fuji, gunung volkano, gunung tertinggi di Jepun dengan ketinggian 3,776 meter di atas paras laut adalah tarikan pelancongan negara matahari terbit itu.

Ini adalah kali pertama dalam tempoh 60 tahun semua laluan menuju ke gunung itu ditutup, demikian laporan Kyodo News dipetik agensi berita Anadolu.

Terletak di tengah wilayah Shizuoka di sepanjang perairan pasifik, terdapat tiga laluan utama ke puncak Gunung Fuji yang juga tapak warisan dunia UNESCO.

Musim mendaki bermula Julai hingga September setiap tahun.

Pihak berkuasa Shizuoka mengumumkan hari ini yang ia tidak akan membuka sebarang laluan bagi musim pendakian tahun ini.

Wilayah tengah Yamanashi pula mengumumkan ia juga tidak akan membuka laluan keempat ke puncak gunung itu, yang juga pilihan 60 peratus pendaki ke Gunung Fuji.

Pihak berkuasa juga memutuskan menutup semua kabin di sepanjang laluan itu.

Tahun lalu, seramai 236,000 individu mendaki gunung itu.

Jepun merekodkan lebih 16,000 kes koronavirus dengan 769 darinya maut. — Terjemahan AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading