KAPAL TANGKI MINYAK UK DISERANG DI TELUK ADEN

ANKARA: Sebuah kapal tangki minyak dengan bendera UK diserang di Teluk Aden semalam, demikian laporan agensi berita Anadolu.

Operasi Perdagangan Maritim United Kingdom (UKMTO) dalam kenyataannya berkata, serangan itu berlaku di perairan selatan Yaman pada 12:30 GMT.

Organisasi itu menasihatkan mana-mana kapal yang melalui kawasan terbabit supaya lebih berhati-hati.

Setakat ini, tiada maklumat lanjut diperolehi berhubung insiden serangan itu dan tiada pihak mengaku bertanggungjawab.

Bagaimanapun, media tempatan di Yaman melaporkan serangan itu dilakukan lanun.

Kapal itu, Stolt Apal, dimiliki syarikat British Stolt Tankers. — Terjemahan AlHijrah Online

Leave a Reply