DAKWAH KONTEMPORARI: CARTA 114 KEMBALI LAGI DENGAN MUSIM TERBAHARU
Program yang telah memasuki musim ke-3 ini mengangkat seni nasyid dan lagu-lagu ketuhanan sebagai medium dakwah kontemporari dan telah mula bersiaran buat pertama kalinya pada 11 Februari 2023.
KUALA LUMPUR: Program hiburan Islamik terbitan TV AlHijrah, Carta 114 kembali lagi dengan musim terbaharu yang mula bersiaran pada 10 Mei 2025 lalu.
Program yang telah memasuki musim ke-3 ini mengangkat seni nasyid dan lagu-lagu ketuhanan sebagai medium dakwah kontemporari dan telah mula bersiaran buat pertama kalinya pada 11 Februari 2023.
Program yang bertujuan mengetengahkan karya-karya bermutu berunsur Islamik dan kerohanian turut melibatkan penggiat seni dari generasi lama hingga kini bagi memberikan ruang kepada mereka untuk mempromosikan karya mereka serta mewujudkan fenomena baru dalam industri muzik tanah air.
Menurut Penerbit Program Carta 114, Nurainah Nabeeha, program ini bukan sahaja sekadar senarai lagu mingguan, tetapi juga satu inisiatif dakwah moden.
“Kita mahu Carta 114 menjadi wadah untuk menyebarkan mesej kebaikan, kedamaian, dan ketuhanan melalui medium muzik yang lebih dekat dengan jiwa masyarakat hari ini,” jelasnya.
Tambah Nurainah, Carta 114 musim kali ini, menampilkan beberapa pembaharuan segar, antaranya dari segi rekaan set yang lebih dinamik dan moden tanpa mengabaikan nilai estetika Islami.
Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi TV AlHijrah, Puan Nadzariah Mohamed, menyatakan bahawa Anugerah Carta 114 diadakan untuk memartabatkan industri nasyid di Malaysia dan menyampaikan dakwah kepada orang ramai secara santai.
Beliau menekankan bahawa bait-bait lirik dalam nasyid membawa ke arah kebaikan dan program ini merupakan platform untuk mendidik jiwa masyarakat.
Para penonton boleh mengikuti perkembangan terkini dan berinteraksi melalui laman Facebook rasmi TV AlHijrah & Carta 114 serta berpeluang mengundi lagu-lagu yang tercalon dalam Carta 114 melalui pautan dan kod QR yang dipaparkan dalam setiap episod.
Undian dibuka bermula siaran episod dan ditutup pada hari Rabu berikutnya.
Oleh itu, orang ramai diajak untuk menonton program Carta 114 setiap hari Sabtu, jam 6.30 petang di TV AlHijrah.—AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.