Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PBB RANCANG SAMBUNG SEMULA PENGHANTARAN BANTUAN KEMANUSIAAN KE GAZA

DUNIA

PBB RANCANG SAMBUNG SEMULA PENGHANTARAN BANTUAN KEMANUSIAAN KE GAZA

Sejak 2 Mac, Israel menutup laluan masuk ke Gaza untuk bekalan makanan, perubatan dan bantuan kemanusiaan, memburukkan lagi krisis kemanusiaan yang semakin teruk di wilayah itu.

Gambar FAIL (AFP)

WASHINGTON: Ketua bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Jumaat berkata pihaknya mempunyai rancangan untuk menyambung semula penghantaran bantuan ke Semenanjung Gaza, lapor Anadolu Ajansi.

“Kepada mereka yang mencadangkan kaedah alternatif untuk pengagihan bantuan, jangan buang masa: Kami sudah ada rancangan,” kata Tom Fletcher dalam satu kenyataan.

Sejak 2 Mac, Israel menutup laluan masuk ke Gaza untuk bekalan makanan, perubatan dan bantuan kemanusiaan, memburukkan lagi krisis kemanusiaan yang semakin teruk di wilayah itu.

“Ia berasaskan prinsip yang tidak boleh dikompromi, iaitu kemanusiaan, kesaksamaan, keberkecualian dan kebebasan. Ia disokong oleh gabungan penderma dan sebahagian besar masyarakat antarabangsa. Ia sedia untuk dilaksanakan – hari ini – sekiranya kami dibenarkan melaksanakan tugas kami,” kata Fletcher.

Beliau berkata sebanyak 160,000 palet bantuan sedia untuk dihantar masuk ke Gaza sekarang.

“Kami menuntut penghantaran bantuan yang cepat, selamat dan tanpa halangan kepada orang awam yang memerlukan. Benarkan kami bekerja,” tambahnya.

Tentera Israel melancarkan serangan kejam di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt 2023, mengakibatkan 53,000 rakyat Palestin terkorban, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading