Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

NAHAS FRU: ENAM MANGSA MASIH DIRAWAT, SEORANG DIBENAR KELUAR HOSPITAL SEMALAM

DALAM NEGARA

NAHAS FRU: ENAM MANGSA MASIH DIRAWAT, SEORANG DIBENAR KELUAR HOSPITAL SEMALAM

Enam anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang terlibat dalam kemalangan, Teluk Intan, pada Selasa lepas masih menerima rawatan manakala seorang lagi dibenarkan keluar semalam.

Pengarah Kesihatan Negeri Dr Feisul Idzwan Mustapha bercakap pada media sempena lawatan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah menyantuni mangsa dan keluarga nahas Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Hospital Teluk Intan hari ini.

Enam anggota FRU yang terlibat dalam kemalangan di sini Selasa lepas masih menerima rawatan manakala seorang lagi dibenarkan keluar semalam. Lima daripada anggota itu dirawat di Hospital Teluk Intan (HTI) dan seorang di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh. — fotoBERNAMA

TELUK INTAN: Enam anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang terlibat dalam kemalangan, Teluk Intan, pada Selasa lepas masih menerima rawatan manakala seorang lagi dibenarkan keluar semalam. 

Pengarah Kesihatan Perak Dr. Feisul Idzwan Mustapha berkata lima daripada anggota itu dirawat di Hospital Teluk Intan (HTI) dan seorang di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh. 

“Empat daripada lima pesakit yang dirawat di HTI ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala seorang lagi ditempatkan di Wad Surgical dan perkembangan pesakit di wad tersebut bertambah baik, mungkin boleh dibenarkan keluar dalam tempoh terdekat,” katanya ketika ditemui pemberita di HTI hari ini.

Terdahulu, Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan menyantuni keluarga mangsa nahas FRU di hospital berkenaan pagi ini. 

Dalam pada itu, Dr Feisul Idzwan berkata anggota yang berada di ICU HRPB mulai sedar dan menunjukkan perkembangan baik walaupun mengalami kecederaan serius.

“Dia mengalami pelbagai jenis kecederaan antaranya di bahagian paru-paru kita panggil diafram iaitu selaput antara paru-paru dengan organ usus, perut, selain kecederaan pada organ hati dan limpa serta kemungkinan besar buah pinggang dan pundi kencing. 

“Ini tidak termasuk pelbagai kecederaan tulang kita panggil fracture di tulang rusuk, kaki dan pinggul.  Semasa pesakit dimasukkan ke HRPB pun sudah ada tiga pembedahan peringkat awal, jadi memang kita lihat kemungkinan besar pesakit perlu melalui pelbagai jenis prosedur lagi,” katanya.

Dr Feisul Idzwan berkata bagi pesakit di ICU HTI pula, kesemuanya telah menunjukkan perkembangan baik dengan seorang daripadanya memerlukan pemerhatian rapi.

Dalam kejadian 8.50 pagi Selasa lalu, sembilan anggota maut manakala sembilan lagi cedera selepas trak FRU dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori membawa muatan batu di Jalan Chikus-Sungai Lampam, Teluk Intan semasa dalam perjalanan pulang ke pangkalan di Sungai Senam. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading