KEMALANGAN FRU: PEMANDU LORI MENGAKU TIDAK BERSALAH MEMANDU SECARA BERBAHAYA
TELUK INTAN: Seorang pemandu lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan memandu secara berbahaya hingga menyebabkan kematian sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), Selasa lepas.
Pemandu lori muatan batu kerikil yang terlibat dalam kemalangan maut sehingga meragut nyawa sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) pada Selasa lalu, dibawa ke Mahkamah Teluk Intan hari ini bagi menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. — Bernama
TELUK INTAN: Seorang pemandu lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan memandu secara berbahaya hingga menyebabkan kematian sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), Selasa lepas.
Rudi Zulkarnain Mat Radi, 45, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Norhamizah Shaiffuddin.
Bagi pertuduhan pertama, Rudi Zulkarnain sebagai pemandu lori telah memandu secara berbahaya kepada orang awam hingga menyebabkan kematian Sarjan S Perumal, 44, di KM15 Jalan Sungai Manik pada 9.05 pagi, 13 Mei.
Bagi pertuduhan kedua hingga sembilan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan sama menyebabkan kematian Sarjan Mohd Roslan Abd Rahim, 46; Koperal Mohd Pozli Jaudin, 41; Koperal Nurit Ak Pandak, 34; Koperal Amiruddin Zabri, 38, Koperal Mohamad Hilmi Mohd Azlan, 38, Koperal Muhamad Akmal Muhamad, 35, Lans Koperal Damarrulan Abdul Latif, 33 dan Konstabel Akmal Wafi Annuar, 28, di tempat, masa dan tarikh sama.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan tidak lebih RM50,000, serta hilang kelayakan memegang dan mendapatkan lesen memandu tidak kurang lima tahun, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Izzuddin Fakri Hamdan menawarkan jaminan RM10,000 bagi setiap pertuduhan dengan syarat tambahan lesen memandu tertuduh digantung sehingga kes di mahkamah selesai selain melapor diri di balai polis berhampiran setiap minggu.
Tertuduh yang diwakili Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Francais Sinappan memohon jaminan minimum atas alasan mempunyai pendapatan RM2,500 sebulan dan menghidap penyakit asma.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM6,000 bagi semua pertuduhan dan membenarkan syarat tambahan seperti dikemukakan pihak pendakwaan.
Mahkamah menetapkan 17 Jun ini untuk sebutan semula kes. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests