PEMIMPIN NEGARA-NEGARA TELUK GESA KONFLIK GAZA DIHENTIKAN DI SIDANG KEMUNCAK BERSAMA TRUMP
Pemimpin negara-negara Teluk menggesa agar serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza dihentikan selain menyatakan sokongan kepada Syria semasa sidang kemuncak bersama Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump di ibu negara Arab Saudi, Riyadh.
Presiden AS Donald Trump bergambar dengan para pemimpin Teluk sebelum mesyuarat Majlis Kerjasama Teluk (GCC) di Riyadh pada 14 Mei 2025. Dari kiri: Putera Mahkota Bahrain Salman bin Hamad al-Khalifa, Emir Kuwait Sheikh Meshal al-Ahmad al-Sabah, Emir Qatar Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani, Timbalan Perdana Menteri Oman Sayyid Asaad Tariq Taimur al-Said, Presiden AS Donald Trump, Putera Mahkota Saudi Mohammed bin Salman, Raja Bahrain Hamad bin Isa al-Khalifa, Putera Mahkota Abu Dhabi Khaled bin Mohammed bin Zayed Al Nahyan dan Setiausaha Agung GCC Jasem Mohamed Albudaiwi.– foto AFP
ANKARA: Pemimpin negara-negara Teluk menggesa agar serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza dihentikan selain menyatakan sokongan kepada Syria semasa sidang kemuncak bersama Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump di ibu negara Arab Saudi, Riyadh pada Rabu, lapor Anadolu Ajansi.
Sidang Kemuncak GCC-AS itu diadakan semasa lawatan serantau Trump ketika ini, yang merupakan lawatan pertamanya ke luar negara sejak memegang jawatan pada Januari lepas.
Dalam ucapannya pada sidang berkenaan, Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman menyifatkan hubungan dengan Washington sebagai “strategik”.
“Kami bekerjasama dengan Amerika Syarikat untuk meredakan situasi di Gaza, menamatkan konflik dan mencari penyelesaian menyeluruh kepada isu Palestin,” titah baginda.
Tentera Israel terus melancarkan serangan kejam di Semenanjung Gaza sejak Oktober 2023, yang telah meragut lebih 52,900 nyawa rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.
“Kami menegaskan penghormatan kami terhadap kedaulatan Syria dan menyokong usaha kerajaan untuk mencapai keselamatan. Kami memuji keputusan Presiden Trump untuk menarik balik sekatan terhadap Syria yang akan meringankan penderitaan rakyat negara itu,” titah baginda lagi.
Gambar AFP
Amir Kuwait Sheikh Meshal Al-Ahmad Al-Sabah pula menyeru usaha masyarakat antarabangsa dipertingkat bagi memastikan keselamatan dan kestabilan Syria, memelihara kedaulatan dan integriti wilayahnya, menamatkan penderitaan rakyat, serta menghentikan campur tangan asing dalam hal ehwal negara itu.
Baginda turut memuji pengumuman Trump mengenai pemansuhan sekatan terhadap Syria.
Pada Selasa, Trump dalam ucapannya di Forum Pelaburan Arab Saudi-AS 2025 di Riyadh berkata beliau akan mengarahkan pemansuhan sekatan “zalim dan melumpuhkan” terhadap Syria bagi memberi peluang kepada Syria “meraih kegemilangan.”
Raja Bahrain Raja Hamad bin Isa Al-Khalifa turut memuji usaha diplomatik berkesan Trump dalam mencapai keamanan dan kestabilan di Timur Tengah serta dunia amnya.
“Kami menghargai keputusan Trump menarik balik sekatan ekonomi ke atas Syria dan berharap dapat memperluaskan kerjasama untuk mewujudkan rantau yang selamat, stabil dan makmur melibatkan semua negara,” titah baginda.
“Dasar yang bijak ini merupakan peluang unik untuk bergerak bersama ke arah keamanan yang adil dan berkekalan yang menjamin hak rakyat Palestin menerusi penyelesaian dua negara, memelihara keselamatan dan kestabilan serantau.”
Gambar AFP
Timbalan Perdana Menteri Oman Asa’ad bin Tarik Al-Said pula menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap situasi kemanusiaan di Gaza akibat pendudukan Israel selama beberapa dekad ke atas wilayah Palestin.
“Ketidakadilan yang berterusan ini di samping kegagalan masyarakat antarabangsa untuk mencapai keamanan yang adil adalah punca utama pelbagai cabaran di rantau ini,” katanya pada sidang kemuncak berkenaan.
Selepas sidang kemuncak itu, Trump dijadual meneruskan lawatan ke Doha, Qatar dan ke Abu Dhabi, UAE. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager