Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

HAMAS PUJI PENDIRIAN NEGARA-NEGARA EROPAH

DUNIA

HAMAS PUJI PENDIRIAN NEGARA-NEGARA EROPAH

Hamas menyambut baik pendirian Sepanyol, Norway, Iceland, Ireland, Luxembourg, Malta dan Slovenia yang “menolak sikap berdiam diri dalam menghadapi krisis kemanusiaan yang semakin buruk di Gaza dan menyeru supaya serangan dihentikan serta sekatan tidak adil itu dihentikan sepenuhnya.”

Gambar FAIL (AFP)

ANKARA: Kumpulan Palestin, Hamas pada Jumaat memuji beberapa negara Eropah yang menuntut genosid yang dilakukan Israel terhadap rakyat Palestin di Semenanjung Gaza dihentikan.

Hamas menyambut baik pendirian Sepanyol, Norway, Iceland, Ireland, Luxembourg, Malta dan Slovenia yang “menolak sikap berdiam diri dalam menghadapi krisis kemanusiaan yang semakin buruk di Gaza dan menyeru supaya serangan dihentikan serta sekatan tidak adil itu dihentikan sepenuhnya.”

Tujuh negara itu sebelum ini menyatakan bahawa ramai rakyat Palestin “berisiko kebuluran dalam beberapa hari dan minggu akan datang jika tindakan segera tidak diambil.”

“Kami tidak akan berdiam diri di hadapan malapetaka kemanusiaan buatan manusia yang berlaku di depan mata kami di Gaza,” menurut Hamas dalam satu kenyataan.

Hamas turut memuji pendirian Presiden Perancis Emmanuel Macron, yang “menyeru gencatan senjata segera, penamatan sekatan tidak adil di Gaza dan menolak amalan pendudukan terhadap orang awam Palestin.”

Kumpulan Palestin itu menyatakan pendirian Macron “menambah kepada beberapa pendirian negara dan tokoh Eropah yang menolak penerusan perang jenayah itu.”

“Pendirian yang bermoral dan bertanggungjawab ini mewakili suara hati nurani dalam menghadapi jenayah dan pembunuhan beramai-ramai yang berterusan oleh pendudukan (Israel) terhadap rakyat kami,” kata Hamas.

Tentera Israel melancarkan serangan kejam di Gaza sejak 7 Okt 2023, membunuh lebih 53,000 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.

Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) telah mengeluarkan waran tangkap pada November tahun lepas terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant atas jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza.

Israel turut berdepan kes genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung peperangan di wilayah itu. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading