Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

JABAL NUR, PENDAKIAN MENYULUH CAHAYA KEINSAFAN BAGI JEMAAH HAJI

DUNIA

JABAL NUR, PENDAKIAN MENYULUH CAHAYA KEINSAFAN BAGI JEMAAH HAJI

Peluang menziarahi Jabal Nur atau Bukit Cahaya, tempat turunnya wahyu pertama bukan sekadar lawatan ke tempat sejarah biasa, sebaliknya menjadi medan renungan rohani kepada jemaah haji bagi menghayati nikmat terbesar umat Islam, iaitu al-Quran.

Jabal Rahmah menjadi lambang pancaran petunjuk Yang Maha Esa yang menyaksikan lahirnya cahaya wahyu pertama dalam menerangi zaman gelap jahiliah, membimbing manusia menuju kebenaran.

Terletak berhampiran kota Makkah, Jabal Rahmah yang setinggi 642 meter dari paras laut itu bukan sekadar sebuah destinasi sejarah, tetapi sebuah medan renungan rohani yang menyentuh sanubari bagi jemaah haji yang berkesempatan untuk menziarahinya.

MAKKAH: Peluang menziarahi Jabal Nur atau Bukit Cahaya, tempat turunnya wahyu pertama bukan sekadar lawatan ke tempat sejarah biasa, sebaliknya menjadi medan renungan rohani kepada jemaah haji bagi menghayati nikmat terbesar umat Islam, iaitu al-Quran.

Pembimbing Ibadat Haji Tanah Suci (PIHTAS) Tabung Haji (TH) Dr Mohd Bakri Aziz @ Saari berkata Jabal Nur yang terletak berhampiran Kota Makkah dengan ketinggian 642 meter dari paras laut itu, membawa mesej mendalam yang wajar dihayati oleh setiap jemaah haji sekali gus memperkukuh pegangan terhadap ajaran Islam meskipun berhadapan dengan cabaran dalam kehidupan.

“Bagi jemaah haji yang ada kesempatan untuk mendaki, walaupun ia bukan syarat datang ke Makkah (syarat ibadah haji), tetapi pendakian ke puncak Jabal Nur itu pendakian yang memberi keinsafan kepada jemaah tentang betapa besar nikmat Islam yang telah diwarisi.

“Dalam masa yang sama jemaah boleh mengambil ibrah dan pengajaran daripada peristiwa agung penurunan wahyu pertama yang menjadi titik tolak kepada penyebaran Islam,” katanya ketika ditemui media baru-baru ini.

Beliau berkata di puncak bukit yang sunyi itu, terdapat Gua Hira, lokasi bersejarah yang menyaksikan penurunan wahyu pertama kepada Nabi Muhammad SAW menerusi surah al-‘Alaq, yang membuka lembaran baharu dalam sejarah ketamadunan manusia.

Selain itu, gua berkenaan juga menjadi saksi pengorbanan Sayyidatina Khadijah RA, isteri Nabi Muhammad SAW yang menghantar makanan semasa baginda beruzlah (menyendiri) di gua berkenaan.

“Pengorbanan dan sokongan Sayyidatina Khadijah dalam perjuangan awal Islam wajar menjadi inspirasi kepada umat Islam hari ini,” katanya. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading