ISRAEL BUNUH 200 RAKYAT PALESTIN, USIR 300,000 PENDUDUK DI UTARA GAZA DALAM TEMPOH 48 JAM
Tentera Israel membunuh lebih 200 rakyat Palestin dan memindahkan 300,000 penduduk secara paksa dari utara Semenanjung Gaza ke Bandaraya Gaza dalam dua hari lepas.
BANDARAYA GAZA/ISTANBUL: Tentera Israel membunuh lebih 200 rakyat Palestin dan memindahkan 300,000 penduduk secara paksa dari utara Semenanjung Gaza ke Bandaraya Gaza dalam dua hari lepas, lapor Anadolu Ajansi (AA) yang memetik Pejabat Media Gaza.
“Dalam satu lagi jenayah yang menambah rekod berdarah Israel, lebih 200 penduduk syahid di wilayah utara Gaza sahaja dalam tempoh 48 jam lepas, sebagai sebahagian daripada siri pembunuhan beramai-ramai yang berterusan,” menurut pejabat itu dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Pejabat Media Gaza berkata tentera Israel turut memusnahkan sepenuhnya atau sebahagian lebih daripada 1,000 unit kediaman dan memaksa lebih 300,000 orang awam berpindah ke Bandaraya Gaza, yang kekurangan infrastruktur diperlukan untuk menampung mereka.
Pejabat itu turut menyatakan bahawa kira-kira 140 mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan akibat tindakan tentera Israel yang secara sengaja menghalang ambulans dan pasukan pertahanan awam daripada sampai ke lokasi pengeboman, yang secara terang-terangan melanggar undang-undang kemanusiaan antarabangsa.
Menurut pejabat itu, dron Israel turut menumpukan serangan dengan membakar ratusan khemah yang disediakan untuk menempatkan penduduk yang kehilangan tempat tinggal di Tel al-Zaatar di Kem Jabalia, bandar Beit Lahia dan kawasan lain di utara, di tengah-tengah sikap berdiam diri antarabangsa yang mencurigakan serta penglibatan aktif dalam pembunuhan beramai-ramai yang sedang berlaku.
Bagi situasi di Bandaraya Gaza, pejabat itu menegaskan bahawa bandar itu kekurangan khemah atau tempat perlindungan mencukupi, memaksa ribuan keluarga terpaksa tinggal di jalanan—terutamanya di al-Jalaa Street dan kawasan al-Saftawi—dengan ketiadaan sepenuhnya keperluan asas seperti makanan, air dan ubat-ubatan, di bawah kepungan ketat dan pengeboman berterusan.
Pejabat itu menggesa campur tangan antarabangsa yang segera dan berkesan untuk menghentikan genosid, menghantar pasukan penyelamat antarabangsa bagi mengeluarkan mayat serta merawat mangsa yang cedera, membuka lintasan sempadan dengan segera untuk kemasukan bantuan kemanusiaan, bantuan kecemasan dan perubatan, serta mendakwa pemimpin Israel di mahkamah antarabangsa.
Semasa lawatan empat hari Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump ke negara-negara Teluk baru-baru ini, tentera Israel telah membunuh lebih 378 penduduk Palestin — hampir empat kali ganda jumlah yang dibunuh dalam tempoh empat hari sebelum lawatan itu, dengan kira-kira 100 kematian, menurut kiraan Anadolu berdasarkan data Kementerian Kesihatan Gaza.
Sejak 2 Mac, Israel telah menghalang semua bekalan termasuk makanan, air dan ubat-ubatan daripada memasuki Gaza.
Israel turut membatalkan gencatan senjata dan meneruskan pengeboman ke atas Gaza pada 18 Mac. Jumlah kematian sejak Oktober 2023, apabila serangan bermula telah melebihi 53,200 orang. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager