KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan bekerjasama dengan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk membina terowong penyimpanan air bawah tanah berkapasiti tinggi bagi mengatasi isu banjir kilat di ibu negara.
Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata langkah itu merupakan satu kaedah penyelesaian jangka panjang yang akan mengambil tempoh tiga hingga lima tahun untuk disiapkan.
Beliau berkata bagi tujuan itu, DBKL akan mengadakan kajian kebolehlaksanaan untuk mengkaji lokasi dan spesifikasi terowong simpanan air hujan bawah tanah yang akan disiapkan dalam tempoh tiga bulan.
“Fungsinya ialah untuk menampung air banjir sebelum dilepaskan ke sungai ketika air surut. Kebanyakan bandar raya di dunia seperti Tokyo dan Itabashi di Jepun membinanya di bawah jalan raya.
“Namun apa yang kita dapati, jalan raya di ibu kota sempit. Oleh itu, ada yang mencadangkan agar kita membinanya 120 kaki di bawah sungai,” katanya dalam sidang media Ke Arah Kuala Lumpur Bebas Banjir Kilat di sini hari ini.
Shahidan berkata bagi tujuan itu, DBKL akan melantik perunding dengan kadar segera selepas mengadakan perbincangan bersama JPS.
Pada masa sama, beliau berkata DBKL juga akan membina tembok penahan banjir dengan segera di semua kawasan yang dijangka berlaku limpahan air sungai.
Shahidan berkata punca utama banjir kilat di ibu kota adalah disebabkan limpahan air sungai yang menyebabkan sistem perparitan tidak boleh menyalurkan air dengan lancar ke dalam sungai.
“Kita juga akan melaksanakan kerja-kerja pembersihan kelodak di dalam kolam takungan banjir dan sungai agar dapat memaksimumkan kapasiti penggunaannya.
“Buat masa ini, kita meletakkan beg pasir di kawasan terlibat dengan limpahan air sungai selain menempatkan pam air mudah alih sebagai langkah sementara mengatasi masalah ini,” katanya.
Dalam pada itu, Shahidan dan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mahadi Che Ngah turut berpeluang menghadiri Persidangan Antarabangsa ke-27 Mengenai Masa Depan Asia di Tokyo, Jepun dari 23 hingga 27 Mei lepas.
“Tujuan kami ke sana adalah untuk melihat bagaimana Jepun, terutama di Tokyo dan Itabashi, mengatasi masalah banjir dan banjir kilat yang sering berlaku pada masa lepas.
“Hasil lawatan itu, kami mendapati setiap perancangan yang dilakukan untuk ibu negara adalah bertepatan dengan apa yang dilakukan di negara maju itu seperti menaik taraf sungai dan pembinaan terowong bawah tanah,” katanya.
Shahidan turut menyeru semua anggota masyarakat untuk memberi kerjasama sebaik-baiknya antara lain tidak membuang sampah di merata-rata tempat terutama ke dalam sistem saliran.
“Kita juga mengalu-alukan warga kota untuk memberi maklum balas dan cadangan kepada DBKL kerana matlamat kita adalah untuk menyelesaikan masalah ini sepenuhnya,” kata beliau.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager