PENGINAPAN, PENGANGKUTAN DAN PEMBIMBING SEDIA SAMBUT JEMAAH HAJI
Bukan sahaja penginapan dan pengangkutan, malah petugas Lembaga Tabung Haji (TH) yang menjadi pembimbing telah bersedia sepenuhnya untuk menyambut ketibaan jemaah haji secara berperingkat di sini, bermula 4 Jun.
MADINAH: Bukan sahaja penginapan dan pengangkutan, malah petugas Lembaga Tabung Haji (TH) yang menjadi pembimbing telah bersedia sepenuhnya untuk menyambut ketibaan jemaah haji secara berperingkat di sini, bermula 4 Jun.
Pengarah Operasi Madinah Mohamed Heikal Mohamed Yusuff berkata persedian rapi dilakukan setelah beberapa sesi perjumpaan dan perbincangan dengan wakil Kementerian Haji, Syarikat Adila dan pengurusan hotel diadakan.
Katanya, ia perlu dilakukan dengan teliti dan teratur bagi mematuhi peraturan serta garis panduan yang ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi.
“Pada musim haji ini, TH menyediakan dua bangunan penginapan jemaah iaitu di Hotel Anwar Al Madinah Movenpick dan juga Hotel Al Saha Madinah yang masing-masing terletak kira-kira 50 dan 280 meter dari Masjid An Nabawi.
“Kesemua aspek operasi telah disediakan untuk memastikan kebajikan jemaah haji Malaysia diberi perhatian sepenuhnya agar mereka dapat melaksanakan ibadah tanpa ada rasa kerisauan dan dapat dilaksanakan dengan sempurna,” katanya ketika ditemui pemberita di Ibu Pejabat TH Madinah di Bangunan Roha.
Dilaporkan, seramai 340 petugas berpengalaman TH akan bertugas sepanjang musim haji kali ini, bagi menyantuni kira-kira 14,306 jemaah.
Selain itu, Mohamed Heikal berkata TH telah merangka akitiviti ibadat dan ziarah untuk jemaah haji semasa berada selama enam hari lima malam di Madinah.
“Antara aktiviti yang bakal dilaksanakan ialah ceramah agama, ziarah Masjid Nabawi dan Makam Rasulullah serta lawatan ke tempat bersejarah di sekitar Madinah seperti Masjid Quba, Masjid dua kiblat, Makam Shuhada Uhud.
“Sesi taklimat pengurusan juga akan diadakan bagi menyampaikan maklumat terkini berkaitan ibadah dan perjalanan jemaah haji,” katanya.
Sementara itu, Pengurus Zon Madinah Nazmi Mohamad berkata pihaknya telah menyediakan pelbagai perkhidmatan termasuk kaunter khidmat pelanggan untuk menerima sebarang pertanyaan dan aduan oleh jemaah untuk diselesaikan dengan kadar segera.
Perkhidmatan kuanseling yang dikendalikan oleh kaunselor diiktiraf turut disediakan.
“TH juga menyediakan guru agama yang dikenali sebagai Pembimbing Ibadat Haji (PIHTAS) untuk memberi tunjuk ajar dari segi pelaksanaan ibadah sepanjang berada di sini supaya dapat melaksanakan ibadah dengan yakin.
“Jemaah haji dinasihatkan untuk membuat persediaan dari segi mental dan fizikal memandangkan cuaca di Madinah juga agak panas,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager