MOBILITI masyarakat Melayu ke luar Alam Melayu sudah berlaku sejak
zaman lampau dan sehingga kini masih mengekalkan jati diri mereka walaupun
berdepan dengan pelbagai cabaran di negara-negara yang didiami.
Ketua Pengarah Jabatan Muzium Negara, Datuk Kamarul Baharin A. Kasim
berkata, warisan budaya, adat resam, pertuturan dan sebagainya masih lestari
dalam kehidupan seharian masyarakat tersebut walaupun berada jauh beribu batu dari
tanah air dan melalui perubahan zaman dan generasi.
Kamarul berkata demikian dalam Ucapan Perasmian Bicara@Muzium bertajuk Diaspora
Melayu Cocos dan Suriname di Auditorium Jabatan Muzium Negara di sini, hari
ini.
Program yang mengupas survival Melayu di Kepulauan Cocos, Australia dan di Suriname, Amerika Selatan itu bertujuan menguar-uarkan tentang ketamadunan Melayu yang luas ruang litupnya serta memperlihatkan kekayaan budaya warisan yang masih menjadi legasi bangsa Melayu di seluruh dunia, selain menambah dan mewujudkan jaringan kerjasama dengan pelbagai pihak terutamanya dengan para akademik dan pakar-pakar dalam bidang ketamadunan Melayu.
Wan Hashim. FOTO ALHIJRAH ONLINE
Profesor Emeritus Datuk Dr Wan Hashim Wan Teh, pensyarah Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) berkata, masyarakat Melayu di Afrika Selatan merupakan komuniti yang hebat di mana mereka membawa Islam bersama mereka serta mengembangkan agama itu di sana.
Beliau yang membentangkan kertas kerja berkenaan diaspora Melayu di
Cocos sekaligus menolak pendapat yang mengatakan Islam di Afrika Selatan dibawa
masuk oleh pendakwah dari Timur Tengah.
Selain itu, penduduk Melayu di situ banyak menyumbang kepada
pembangunan setempat dan menguasai beberapa industri di negara kediaman mereka.
“Hub halal di Australia Barat merupakan sumbangan terbesar muslim Cocos
di mana 60-70 peratus dari mereka bekerja di kilang. Tidak sukar mendapat makanan
halal di kawasan mereka.
“Selain itu, hubungan antara agama di situ (Australia Barat) sangat
tinggi di mana orang Kristian sangat hormat kepada muslim Cocos atas sumbangan serta
sikap mereka,” jelas Wan Hashim.
Malim Ghozali PK. FOTO DBP
Pembentang kedua, Mohamed Ghozali Abdul Rashid yang dikenali sebagai
Malim Ghozali PK pula berkata, orang Melayu membina tamadun bukan hanya di
Nusantara Melayu tetapi di seluruh pelosok dunia.
Malim yang membentangkan kertas kerja tentang Diaspora Melayu di bumi Suriname
berkata, kehadiran bangsa Melayu di Amerika Latin membawa bersama agama, budaya
dan bahasa mereka, sekaligus memberi kesan langsung terhadap sosiopolitik di
sana.
“Bangsa Melayu telah banyak menempa sejarah, bukan sahaja di wilayahnya
yakni Nusantara Melayu (Malay Archipelago), tetapi juga di Amerika Latin.
Di Republik Suriname terdapat orang Melayu berketurunan Jawa yang
dibawa ke situ oleh Belanda dari tanah Jawa, tanah Andalas, dan dari Nusantara
Melayu di sekitar tahun 1870-an, sebagai ‘buruh berhutang’ (indentured
labourers). Orang-orang ini tetap merindukan tanah tumpah darah mereka,” kata
Malim.
Malim yang pernah melakukan kajian terhadap diaspora Melayu di Suriname dan menghasilkan dokumentari Memo Paramaribo pada Ogos 2008 berkata, salah seorang penduduk di sana menitipkan sepucuk surat kepadanya, menyatakan hasrat hati mereka untuk berkunjung ke tanah ibunda mereka suatu hari nanti.
Perjuangan mereka yang bertungkus-lumus mengekalkan identiti agama, bangsa dan bahasa mereka malangnya kurang mendapat perhatian negara sendiri. Hanya persatuan dan wakil individu sahaja yang berminat membongkar kisah diaspora mereka dan perkembangan terkini mereka.
Justeru itu, sudah tiba masanya kerajaan melakukan inisiatif menjejak mereka, tidak kira secara hubungan rasmi antara negara atau melalui cara mempertimbangkan dana dan sokongan kepada mereka yang berminat dengan ketamadunan Melayu, supaya semangat survival pelopor ‘’global tribe’’ Melayu ini mencetuskan semangat anak bangsa di bumi sendiri.
– ROKIAH ISMAIL adalah Eksekutif Kanan AlHijrah Online.
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests