Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

Kematian Muhammad Adib adalah akibat perbuatan jenayah

DALAM NEGARA

Kematian Muhammad Adib adalah akibat perbuatan jenayah

Allahyarham Muhammad Adib

KUALA LUMPUR – Mahkamah Koroner Shah Alam hari ini memutuskan bahawa kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim adalah akibat perbuatan jenayah, yang dilakukan oleh lebih dua orang individu yang tidak diketahui.

Menurut laporan Bernama hari ini, Mahkamah Koroner menyerahkan kes ini kepada peguam negara dan polis untuk menjalankan siasatan pendakwaan.

Terdahulu, peguam mewakili keluarga Muhammad Adib, Yahaya Othman tiba di Mahkamah Koroner Shah Alam pukul 8.10 pagi tadi untuk keputusan inkues punca kematian Muhammad Adib di Mahkamah Seksyen 8, di Shah Alam, hari ini.

Pada 27 Nov lepas, Muhammad Adib parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya dan meninggal dunia 21 hari kemudiannya.

Sepanjang inkues itu dijalankan, 30 saksi termasuk beberapa saksi pakar dipanggil dan 137 bahan bukti dikemukakan dengan pelbagai hujahan dilontarkan oleh pihak terlibat sebelum prosiding berkenaan ditutup pada 24 Julai lepas.


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading