Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain. – Bernama
KUALA LUMPUR: Ahli GISB Holdings (GISBH) sangat taksub dan mendewakan pemimpin mereka sehingga memutarbelitkan ajaran Islam yang sebenar.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata proses itu mirip seperti indoktrinisasi yang menjadi nilai kehidupan dan dipercayai serta dianuti sepenuh hati oleh pengikut-pengikut GISBH.
“Doktrin ini sangat berbahaya kepada keselamatan negara khususnya ajaran agama Islam di negara ini dan kebajikan serta masa depan pengikut (GISBH) yang bergantung sepenuhnya kepada pemimpin mereka sahaja,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Razarudin berkata hasil siasatan mendapati kaedah perniagaan organisasi itu dipermudahkan melalui pegangan terhadap Aurad Muhammadiah versi GISBH.
Sementara itu katanya seramai 34 individu yang dikaitkan dengan GISBH dan telah tamat menjalani tempoh reman akan ditangkap semula di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).
Tambahnya tempoh reman ke atas semua 34 individu itu berakhir hari ini.
“Seramai 127 orang lagi dibebaskan dengan jaminan setelah selesai tempoh reman dan kita menasihatkan mereka untuk tampil kepada polis sekiranya memerlukan sokongan kebajikan,” katanya.
Razarudin berkata polis juga telah memperoleh lanjutan reman terhadap 24 ahli GISBH, termasuk pengurusan tertinggi organisasi itu, bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 selama empat hari bermula esok.
Mengulas lanjut, Razarudin berkata hasil kolaborasi siasatan bersama Lembaga Hasil Dalam Negeri mendapati GISBH tidak pernah membayar cukai yang sepatutnya, dan ini selari dengan siasatan pihak polis di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967.
Selain itu, pihaknya juga mengesan hantaran di Facebook yang didakwa mengumpul dana untuk membantu anak-anak ahli GISBH yang terjejas.
“Masyarakat dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan usaha tersebut, yang dipercayai merupakan cubaan untuk mengambil kesempatan atas isu (GISBH) ini,” katanya.
Polis yang melaksanakan Op Global sejak 11 Sept telah menyelamatkan 572 kanak-kanak dan remaja yang disyaki menjadi mangsa eksploitasi syarikat itu. Sementara itu, dalam Op Global Fasa Empat pada Sabtu lepas, pelbagai jenis buku, dokumen, dan gambar yang berkaitan dengan ajaran Al-Arqam serta GISBH telah dirampas.
Setakat ini, lebih 300 individu, termasuk pengurusan tertinggi GISBH ditahan. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager