DR MAHATHIR TIDAK HARUS PERSOAL KESETIAAN ORANG INDIA, CINA DI MALAYSIA – GOBIND
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak seharusnya mempersoalkan kesetiaan orang India dan Cina di Malaysia terhadap negara ini hanya kerana mereka bercakap dalam bahasa ibunda dan menganuti budaya dan adat mereka sendiri.
PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak seharusnya mempersoalkan kesetiaan orang India dan Cina di Malaysia terhadap negara ini hanya kerana mereka bercakap dalam bahasa ibunda dan menganuti budaya dan adat mereka sendiri, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.
Dalam satu kenyataan hari ini, Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP itu berkata ini kerana Malaysia adalah sebuah negara berbilang bangsa dan kaum dengan warganya terdiri daripada pelbagai latar belakang agama dan budaya.
“Amat malang bahawa walaupun telah menerajui negara ini selama bertahun-tahun, Dr Mahathir masih merasa wajar untuk membuat kenyataan yang bersifat memecahbelahkan terutamanya dalam hal kaum.
“Perlembagaan Persekutuan mengiktiraf perkara ini dengan jelas bahawa kecuali sebagaimana yang dibenarkan secara nyata oleh perlembagaan itu sendiri, tidak boleh ada diskriminasi terhadap warganegara hanya atas alasan agama, bangsa, keturunan, tempat lahir atau jantina dalam mana-mana undang-undang,” katanya.
Gobind berkata ia juga diterima umum bahawa ramai rakyat negara ini bercakap lebih daripada satu bahasa, kebanyakan mereka fasih dalam Bahasa Malaysia dan bahasa ibunda mereka sendiri yang termasuk antara lain, Cina, Tamil, Iban atau Kadazan.
“Ini tidak pernah menjadi masalah kepada kami. Sebaliknya, kepelbagaian itulah yang telah menguatkan kita dan meletakkan kita dalam kedudukan untuk mendapat manfaat daripada dunia hari ini yang sebahagian besarnya bersifat global,” katanya.
Justeru, katanya Dr Mahathir mesti mengakui bahawa semua rakyat Malaysia sama ada Melayu, Cina, India, Sabah atau Sarawak telah bekerja dan masih bertungkus lumus membina negara ini.
“Tidak salah jika kita datang daripada latar belakang kaum, agama dan budaya yang berbeza atau bercakap dalam bahasa yang berbeza. Kita sememangnya rakyat Malaysia dan setia kepada negara kita,” katanya.
Baru-baru ini, sebuah portal berita melaporkan Dr Mahathir mendakwa masyarakat India Malaysia masih tidak setia sepenuhnya kepada negara ini kerana mereka masih ‘terikat’ dengan negara asal mereka dalam satu temu bual eksklusif secara dalam talian dengan saluran TV satelit di India.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager